12 January 2011
Sukarnya Berbagi Kasih
Si kecil itu melihat aku berbagi tanpa setara, sedang aku telah mencuba sedayanya.. aku beri semua yang sama, aku beli semua yang serupa, tapi aku akui hatiku melebihi kepada yang 2 dari dia, si kecil itu melihat aku tidak syg, kerana tiada ciuman yang singgah di pipinya, kerana tiada tempat dia di sisiku. bukan aku sengaja, tapi aku dihimpit oleh kedua yang jauh lebih manja. Dia yang pasif akhirnya terasa menjauh. maafkan cik ya syg..bukan sengaja mengenepikanmu..
sukarnya berbagi kasih, sedangkan si kecil itu mampu merasa inikan pula berkongsi pada satu hati. Jika aku ditempat Anis, pasti aku jua akan merajuk hati, pasti aku jua akan menjauh, pasti aku jua akan meluah rasa kerana diriku yang tersisih, kerana aku pilihan kedua, kerana aku bukan yang terpilih... tapi sekiranya aku di kedudukan Auni, pasti aku tak merase ada insan sedang menjeruk rase, dengan manjanya aku, dengan rengeknya aku, dengan perhatian dari yang aku kongsikan...pasti aku takkan melihat sedihnya dia, pasti aku tertawa n bahagia sedang seorang lagi sebal menahan rasa.
aku fikir aku matahari yang adil, menebar sinar tanpa membeza, menebar kasih tanpa membeda. rupanya aku silap, aku cuma bulan yang separuh, indah dan bahagia pada sebahagiannya sahaja. aku cuma menyuluh pada satu sisi hanya. maafkan Cik Ya syg, pasti takkan terjadi lagi nanti, semoga permataku nanti tidak dibeda oleh sesiapa, semoga permataku nanti disayangi semua. semoga aku tidak akan terlupa bahawa ada sisi yang mungkin terdera apabila aku bahagia...maafkan aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment