pagi jumaat ini seperti terancang, aku mengambil tempat di sebelah Ketua terbaikku..
mencari mood yang paling sempurna untuk memberi tazkirah pagi jumaat. sejak 2 minggu lalu aku telah berkira2 mencari modal yg paling istimewa untuk rakan2ku, banyak juga pilihan di tanganku, tapi entah kenapa cerita yang pernah aku baca masa zaman belajarku juga yang aku pilih saat Tn. Hj. Othman memberi cap penceramah jemputan pagi ni ke tangan aku....
cerita si pemotong kayu yang mengambil secuil dari kayu tuannya untuk dijadikan pencungkil gigi. kerana secuil kayu itu kematiaannya diseksa keras. suara aku tak begitu lancar semasa menyampaikan tazkirah, sedikit terganggu gara2 batuk yang masih belum baik.. tapi mungkin suara batuk ini serba sedikit membantu aku menyampaikan cerita teladan ini dengan lebih menyayat hati...
semua diam dan tunduk, mungkin menginsafi, aku tidak berniat untuk mengena sesiapa, yang pasti untuk mengingatkan diriku sendiri. terlalu banyak yang kita sebagai manusia ini kurang sedar, lupa apa yg hak dan batil.banyak yang culas dari yang terisi. sebagai manusia, kemaafan itu adalah jalan terbaik.
No comments:
Post a Comment