17 October 2011

-selamat tinggal mimpi-

Tulisan aku adalah rasa
Rasa yang bukan sengaja kucipta
Tulisan aku adalah jiwa
Jiwa aku yg penuh cerita
Mungkin tulisanku bukan bahagia org lain
Mungkin luahanku hny dosa tak berpahala
Selamat tinggal mimpi
Pergilah menjauh..
Bila mimpi itu jauh,
aku cuma tangan yg tak sampai menggapai bintang
Bila mimpi itu jauh,
Aku hanya cerita penuh dongengan..
Selamat tinggal mimpi
Aku takkan mungkin kembali kesini
Untuk menulis lagi...

15 October 2011

SABAR..

Ntah kenapa sabarku terbang
Terbang bersama setiap untaian kata2 menyakitkan
Puas aku pujuk jari untuk tdk menulis,
Biar dia puas melempias.
Tp maruah aku bukan untuk dipijak
Jika ketidaksabaran ini mencipta jurang yang dalam
Hanya 1 perkataan, MAAFKAN
bukan menafi kebenaran
Bukan berhenti menegakkan
tapi aku cuma manusia biasa..

09 October 2011

cukuplah

bila yg disandar rapuh..
tiada lagi perlu terucap..
ambil dedaun masa itu seberapa banyak sekalipun..
pasti tiada lagi soalan..

03 October 2011

Penjana motivasi ~tajuk cam tak sesuai, but ok la~


Sabtu lepas, ofis aku buat sukan, macam budak2 sekolah, siap ade rumah2 ikut warna (comel). aku rumah kuning...err..warna yang tak berape aku suke. tapi nak wat cane..but semangat kesukanan tetap kental dalam jiwa, chewwah.. lagi2 bila aku tau list dalam senarai umah kuning ade adik n zana, lagi la bertambah semangat..tapi bende2 ni la yang akan buat org tak syg mulut bercakap, aku main pilih2 kawan join team kuning, padahal yang select hq, seket pun aku tak terlibat. but bukan ni yang aku nak ceritakan.tapi keseronokan mengimbas zaman sekolah2 dulu, bila hari sukan dtg menjelma. aku ingat da besar2 ni, taji tak tajam lagi, but..well aku masih boleh dikire berbisa..


cerita 1:susah upenye nak manage org dewasa ni, dulu mase sekolah2 senang je nak dapatkan wakil bersukan, memasing nak join, siap kene ade saringan, tapi bile da besar2 ni susah sgt la sampai kene paksa2, lagi2 wanita. malu ke nak bersukan ni? ape nak malu, bersukan je pun..kan sihat, kan sweat...terpaksala merayu2 minta main..

cerita 2:tak sangka jogging aku (yang sebenarnye da lame aku tak buat) adalah training terbaik untuk aku menang marathon, huhu, konsistensi tu penting ditambah PENJANA MOTIVASI..huhu, manusia, macamane aku zahirkan kemaafanpun, hati aku tetap ade menyimpan, biarpun jauh di dalam. pasal seorang minah ni, ape yang dia tak puas hati sgt kat aku, tp depan macam baik sgt. mulut aku da zahirkan maaf, tp biasala, cume bezanya aku tak gunakan kesakitan tu sebagai dendam, sebaliknya motivasi untuk aku kearah positif (wah gaya ahli politik lak). aku tak terfikir pun untuk bersaing dengan sesiapa untuk kejar kemenangan, tp bila minah ni kat belakang aku, mata aku memberi input pada minda, dan minda menghantar implus ke jantung dan otot2 kaki aku untuk terus berlari tinggalkan dia kat belakang, no way to memperlekeh aku lagi kat sini.huh..2 minit gak dia kat belakang..ya allah hati, knp tak bersih sgt ni..ahh, tak pela,bukan pukul minah tu pun.. huhu, puas, berlari, berpeluh, dan ....

cerita 3:sebelum ni aku jrg turun ke factory, lagi2 bertegur ngan posnita2 kat bawah, tp bg yang kenal, aku bukan sombong pun. cume mungkin diorg segan nak tegur aku, tp mase sukan ari tu semuanye dah tak tengok level, bercampur je..seronok. main futsal sesame, sampai ade yg mintak form team untuk futsal perempuan, padahal mase diajak main bukan main nak lari lagi, kan da gian sekarang.. untuk Che Rohana ur suggestion will be consider..

cerita 4:untuk pertama kalinye aku memegang reket badminton atas court ber refferee bertauliah. sebelum ni, main badminton pun pukul angin. kelakar, tp sebb tak de sape nak main, aku main la jugak. dan percubaan pertama ni menjadi bila umah kuning naib johan..chaiyokkk la.n tetiba rase nak tukar bidang..main badminton la pulak. punye tak pro main badminton ni smp ade budak tegur aku, "awk ni kan mesti tak biasa main badminton kan?" ehmm..aku jwb la, "nmpak eh aku tak tere" pastu dia kate, " bukan pasal main atas court tp sebab reket tu ade sebatang je". hahaha..rupenye player badminton pro takkan bawak 1 reket untuk tournament. maafla, cek tak tau..ni pun hanya reket pinjam..pinjam je bukan amik semula, kalau amik nnti buruk siku lak

cerita 5:rase dan pengalaman bersukan ni masih same macam sekolah2 dulu tp bila bangun pagi keesokkan harinye baru aku sedar, otot2 dan tulang2 aku ni berusia bukan remaja seperti 10 tahun dulu. segalanya rase sakit dan bengkak. nak jln pun susah..argghhh...idah, ayut n zura kesakitan ni ingatkan aku kat korang..mase start training netball, segalanya sakit, bila nak gelak semua pegang perut.. (sekarang korang da tak bernetball kan, tinggal aku sorang je, tak pela sekali sekala nnti kite reunion n buat game netball). lutut pulak makin rangup, berape lame aku boleh tahan agaknye.. 40 tahun, 50 tahun..boleh ke nak main untuk team veteran. huhu

aku try upload gambar2 kat sukan kat blog ni, tp tak lepas..lain kali la ye..tak pun nnti kat fb je aku kongsikan pengalaman bersukan org dewasa di pos malaysia.

13 September 2011

Selamat Ulang Tahun Mak...

14 September..hari ini usia mak 58 tahun.. ulang tahun kali ni berbeza dengan selalu sebab mak dah bersara. lepas ni mak akan duduk rumah je. paling2 pun sebuk anta anis n aniq g sekolah..tak pun try2 bisnes ape2 yang patut.

kalau orang cakap mak dia terhebat dalam masakan,bg mak aku, biasa je tapi semua air tangannya tetap asyik di lidah aku.
kalau orang cakap mak dia terbaik dalam bimbingan dan perhatian, bg mak aku, biasa je tapi pipi aku selalu tak lekang dari dikucupnya.
kalau orang cakap mak dia teristimewa, bg mak aku, tersangat istimewa sebab mak bukan saje mak yang melahirkan aku, yang membesarkan aku, yang menyekolahkan aku, yang mendidik aku, yang memberi seluruh kasih syg tak ternilai dan tiada tolok bandingan pada aku, mak aku juga adalah sahabat terbaik aku. yang tak ade satu cerita pun tertinggal untuknya, macam tu jgak aku, aku akan jadi org pertama tempat mak bercerita. mak akan menjadi org pertama meneka dengan tempat perasaan aku, kan darah yg mengalir dalam tubuhku miliknya juga jadi mungkin kerana itu semua yg terlintas dlm fikiranku dgn mudah dipetik..mak orang yang pertama aku khabarkan sedih dan gembira..
sungguh, aku terlalu sygkan mak, walaupun kadang2 aku degil, keras kepala, tak dengar ckp, memberontak, tp tu semua bukan kerana sygku kurang pada mak..
untuk mak, semoga sihat selalu sebab bila mak sihat mak akan cakap banyak2, dan bila kita kongsi cerita mak akan gelak kuat2..bila mak da pencen ni mak kena cantik2 jugak tau, kalau tak nnti ya bisingkan mak.. sebab ya syg mak sgt n nak mak selalu sihat, cantik dan bahagia....

07 September 2011

cinderella version aku...

sape penah tengok cite fairy tale Cinderella?mesti semua penah kot kan tak kirelah version ape...kalau budak pompuan yang tengok mesti bayangkan si cinderella tu dia..tapi lain pulak untuk aku..aku, huhu macam kakak cinderella dalam version inggeris, ape yang same, cume satu je.. time dia menari dengan putera raja, tetibe lutut dia berbunyi...errr spoiled...tu la part yang same ngan aku.. lututku berbunyi rangup..patutla aku tak dpt kawin putera raja...

camne aku nak buat supaya lutut aku ni tak bunyi eh, agak memalukan bila aku perlu tunduk bersalam ngan org patu lutut aku bunyi rangup..masa raye ari tu, 2 3 kali jadi kat aku. ape nak buat, takkan nak tanggal lutut aku masuk dlm handbag kot.. so terpaksele tahan je dengar org gelak..ape nak buat...

at least aku ni tergolong dalam watak dlm fairy tale..walaupun antogonis..tak pela..janji ade...

06 September 2011

Saat itu..

Saat Kau titipkan dia..
ada getar, ade ragu yang menderu..
bimbang tentang kewibawaan sendiri..
namun, tidak sekali aku menolak takdirMu

Saat Kau memberi aku peluang melihatnya..
segala gundahku terbang..
hilang tak terbilang..
menyelinap halus kasih dan sayang..
dalam bisik aku panjatkan padaMu
agar kehadirannya penuh rahmat..
penuh berkat..

Saat Kau ambil dia dariku..
seperti tersiat segenap rongga..
seperti terlerai setiap anggota..
sangat perih untuk aku rela..
baru aku sedar rasa ini tersimpan dalam
amat dalam tak terjangkau..
aku mempersoal takdirMu
mencari merungkai kesalahan
sedihku tak terbilang..
namun aku pasrahkan..pergilah sayang
pergilah dengan bahagia..
cukuplah aku melihat dia sekali cuma..

Ampunkan aku Ya Tuhan..
kerana tegar mempersoal..
ampunkan aku Tuhan..
kerana lambat menyambut kepasrahan..
yakin padaMu, aku akan dititip lagi,
dengan rasa yang lebih indah..
dengan cinta yang lebih waja..

Jauh...

yang aku lihat makin kabur..
yang aku dengar makin sayup..
yang aku rasa makin hambar..
kerana jauh..

jauh yang merenggang..
jauh yang mengahalang..
jauh yang menjauh...
membenar rasa makin terbiasa...

08 August 2011

Jangan Berdiam

jgn berdiam..bila diam aku bimbang
katakan apa yang kurang
sedayanya aku usahakan
sungguh aku buntu
mencari ayat terbaik
merangkap kata terindah
hanya untuk meringan sakitmu
jgn berdiam.. bila diam aku bimbang...

28 July 2011

KISAH HATI by Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

*cike..ko mesti pernah dengar lagu ni. aku copy n paste untuk ko....

21 July 2011

Tazkirah Jumaat

pagi jumaat ini seperti terancang, aku mengambil tempat di sebelah Ketua terbaikku..
mencari mood yang paling sempurna untuk memberi tazkirah pagi jumaat. sejak 2 minggu lalu aku telah berkira2 mencari modal yg paling istimewa untuk rakan2ku, banyak juga pilihan di tanganku, tapi entah kenapa cerita yang pernah aku baca masa zaman belajarku juga yang aku pilih saat Tn. Hj. Othman memberi cap penceramah jemputan pagi ni ke tangan aku....

cerita si pemotong kayu yang mengambil secuil dari kayu tuannya untuk dijadikan pencungkil gigi. kerana secuil kayu itu kematiaannya diseksa keras. suara aku tak begitu lancar semasa menyampaikan tazkirah, sedikit terganggu gara2 batuk yang masih belum baik.. tapi mungkin suara batuk ini serba sedikit membantu aku menyampaikan cerita teladan ini dengan lebih menyayat hati...

semua diam dan tunduk, mungkin menginsafi, aku tidak berniat untuk mengena sesiapa, yang pasti untuk mengingatkan diriku sendiri. terlalu banyak yang kita sebagai manusia ini kurang sedar, lupa apa yg hak dan batil.banyak yang culas dari yang terisi. sebagai manusia, kemaafan itu adalah jalan terbaik.

12 July 2011

rasa aku sebal...sangat
tapi tak tau kenapa....
nak balik cepat2..
di rumah comel saya...

06 July 2011

Kenapa tidak boleh mencoret pada blog sendiri
Kenapa perlu membuang semua yg tersedia
Bukankah ini hak peribadi
Jgn cabul hak peribadi sy,
Sekiranya tak suka jgn melihat,jgn membaca,
Siapa juga yg sy ceritakan hak sy..
Tolong hormati itu...

04 July 2011

bahagianya dia

suara itu memperdengar bahagia
..
..

15 June 2011

Rencana Allah

Dlm kesebukan aku menyambutrakan2 sekerja dari seantero malaysia, aku dikejutkan dengan ketidakhadiran TPM ke NMC esok.hampa, dgn segala pesiapan yg telah dibuat, dengan hari yg suntuk, huh, aku mengeluh, kesal.. Astagfirullah, kesal aku seperti mencabar qada dan qadar Nya. Ini rencana Dia, hanya dia yang tau kenapa dan mengapa, seperti hidup, rencanalah sebanyak mana, rencanalah sehebat apa, sekira tidak YA di pihak Nya takkan mungkin bisa terjadi..mungkin, dilarikan rencana kali ini penuh hikmah, cuma keluh kesal itu terwujud pabuila kita tak mampu melihat ape hikmah di sebaliknya.begitu juga dengan hidup...rencana Dia untuk aku, aku redha menerimanya.biarpun terkadang aku tersenyum, terkadang aku ketawa dan terkadang aku teresak menangis. Allah, tegarkan aku dlm meniti rencanaMu agar aku tidak sekali menyalahkan takdir, tidak sekali berkeluh kesah...tegarkan aku ya tuhanku...

14 June 2011

Dia tempat kusandar

Saat Kau turunkan padaku rasa yg terlalu indah ini
Aku tadahkan syukur kepadaMu
Saat Kau menganugerahkan cinta sebesar ini
Aku hamparkan kasih tak terperi
Dia tempat kusandar
Kerana tanpanya aku longlai
Kerana tanpanya aku sesal
Kerana tanpanya aku tak punya apa2..

Sekiranya rasa itu bubar nanti
Sekiranya cinta itu tiada lagi
Sekiranya cerita ini cuma mimpi
Aku mohon, aku mohon penuh simpati
Agar aku tidak dibenci..
Kerana sungguh, aku mencintaimu terlalu...

08 June 2011

denganmu..

Bonda, jgnla sakit2...
Jgnla susah2 hati,
Aku ada di sini selalu,
Depan matamu...
Tak kemane2, hanya denganmu....

07 June 2011

rencanaMu

Ya Allah, betapa besar rencanaMu Tuhan,
Penuh teliti pada setiap detik tanpa tertinggal..
Ya Allah, betapa hebat agendaMu Tuhan,
Sehingga tak tercapai dek akal.
Terlalu naif aku dlm meniti setiap kisah..
Kisah yg tertera untuk kubukukn sbg sejarah

mata ini tak bisa lelap

Hati gusar, tapi tak tahu ape itu kegusaran
Mata masih belum mahu lelap,
Hati menanti, tapi tak tahu ape itu penantian
Mata ini masih terus segar
Biar hari telah larut malam

06 June 2011

~pelengkap hidup~

daku bagai laut
tak bertepi dan tak berkarang
aku bagai bintang
yang tak di temani malam


melihat dirimu
ada senyum canda tawa
membuat aku tak ingin pergi dari mu


teringat janji lama mu
kepada ku
teringat aku teringat
saat kau masih ada di sini
menemani ku sepanjang hari


bila kau pergi jauh
ingat la aku
bila aku ada di samping mu
peluk tubuh ku


bila kau rindu aku
panggil nama ku
ku datang menemui mu


peluk erat jasad ku
jangan lepas kan
tetap la kau di sini
harungi malam


kerana hanya dirimu
belahan di jiwa
pelengkapku di dunia

19 May 2011

SAYU..

ntah kenapa aku rase nak menangis..
aku sendiri tak tau kenapa..
sangat sedih dan sayu..

11 April 2011

Cerita Ayam Togel

cerita ni, diceritakan oleh Arwah abah aku, ni kire bed time story aku..waktu tu umur aku 4-5 tahun kot.ayam togel yang nak dimakn musang...pelbagai helah setiap harinya untuk mengelak dari musang, antaranya, sebab dia anak ayam trogel yang masih kecik, tunggu la aku besar sket..aku masih ingat aku tak mungkin boleh tido tanpa cerita abah..hai ayam togel yang teman aku tido...dah sangat dewasa aku rupanya sehingga dah sanagt samar tentang cerita ayam togel abah.. abahpun dah terlalu lama pergi, pergi bersama cerita ayam togel, pergi bersama bimbingan kepadaku.. rasenye sanagt hijau aku waktu abah pergi, tak sempat aku nak ceritakan setiap kisah hidupku, tak sempat untuk aku kongsikan dukaku.. arghh.... aku rindu dibahunye, menghabur setiap sendu, yakin aku abah akan sangat faham seperti dia tak pernah menolak tika aku merengek memintanya bercerita tentang ayam togel berulang kali.tanpa jemu dia bercerita dan bercerita lagi..alangkah baiknya andai hari ini dia pula boleh mendengar celotehku berulang kali...tanpa mahu berhenti seperti bertih jagung...harap2 akan ade lagi yang akan selalu bercerita tentang ayam togel padaku dan bisa mendengar ceritaku yang seperti bertih jagung.....

28 March 2011

tembam..

aku dah tembam, aku makin tembam..huh, ni mungkin diet terbaik untuk aku, tak lalu makan, aku pernah kurus yang tak terkawal, tanpa ada makanan penggiat diet, haiiii...ye ni dietku yang paling baik, bila langkah aku longlai..bila semangatku terbang..bila hatiku gusar...semoga aku tak tembam lagi....

16 March 2011

ntah.

lama aku tak menulis di sini
terlalu sibuk dengan kerja dan macam2 lagi
dan aku masih belum rase mahu menulis.....
arrggghh....
.....
.....

06 March 2011

Tak Terubahkan by fynn jamal

dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;

--tak terubahkan.

24 February 2011

... 2

sekiranya aku jawapan pada kesunyian
kenapa membiar aku terus kaku dalam kesepian
sekiranya aku bidadari dari langit
kenapa merela aku terus merasa sakit
aku bukan makna pada segalanya
aku cuma perempuan yang mahu bahagia....

18 February 2011

rasa ini..

rasa ini, sangat menguji setiap sabar aku,
sangat menguji kentalnya jiwa aku,
sesungguhnya apa yang Kau uji pada aku sangat mencabar jiwa dan emosiku,
sesungguhnya apa yang Kau titipkan buat aku kali ini, sangat berkesan dalam,

takut untukku melihat dan mendengar
bimbang aku untuk menghadapi dan menyakini
bawalah rasa ini menjauh sekiranya aku bukan dari rusuk kirinya
jadikanlah rasa ini mendingin sekiranya aku lebih menyakiti yang lain
tetapi..
datangkan padaku keikhlasan dan kepasrahan sekiranya takdirku bersamanya
tiupkan sabar yang besar sekiranya langkah yang kupilih penuh ranjau nanti..
aku cuma insan kerdil yang lemah serba serbinya.
hilangkan rasa sedih dah gundahku..
titipkan sedikit bahagia yang panjang..untuk aku bisa membahagiakan..

15 February 2011

mata hatiku bimbang

Mata, lelaplah mata, agar siang datang awal
Mata, lelaplah mata, agar kurang semua resah
Mata, tidurlah mata, agar kembali tenang
Bimbang, hatiku bimbang, bimbang akan kehilangan
Bimbang, hatiku bimbang, bimbang aku cuma menatap kenangan

13 February 2011

aku yang sangat tak pasti

Kalau dulu, langkahku kerana insan lain, agar sekelilingku tersenyum, gembira melihat aku yang kononnya bahagia.sedang hatiku luka dan hancur, sedang aku tegar menggadai perasaan yang menyakitkan..aku terus mahu sekelilingku tersenyum..
Kini, bila aku tegar berpaling dari derita yang maha perit untuk cinta yang aku kejar akhirnya aku masih sendiri, kosong..kuhamparkan cinta seluas angkasa, aku tebarkan kasih syg tiada tara, tapi mungkin benar, aku belum layak menerima cinta seadilnya. Siapa yang akan mengerti? Aku hanya akan mendengar kata2 yang menyayat, ejekan yang hebat, senyum sinis dari semua yang melihat, sedang aku cuma mahu merasa sedikit bahagia, sedikit penghargaan agar aku bisa terus menebar kasih syg. Kata bondaku, kasijnya padaku tidak terkata, sangat dalam..tegarkah aku melukainya lagi, namun aku pasti bonda juga mahu melihat aku di puncak bahagia.. Untuk cinta yang aku sulam lama, maafkan kerana aku perlu mencari ruang berfikir yg tenteram untuk diriku sendiri.....

06 February 2011

nota itu kubaca 2

aku tatap nota hitam itu,
tanpa sedar pipiku panas..
terlalu jauh aku tinggalkan,
terlalu asing aku biarkan,
bukan kerana aku memang membenci,
bukan kerana aku ingin pergi,
aku cuma mahu menilai diriku sendiri.
aku tatap lagi nota hitam itu,
aku rasa ia sarat dengan rindu,
ia sarat dengan rasa tak menentu,
tapi cukuplah, cukuplah.
aku sekadar membacanya.

30 January 2011

nota itu kubaca

saat nota itu kubaca,
tiada lagi rasa yang menyelinap
saat nota itu kulihat
tiada lagi rindu yang sarat
dia, terlalu tegar dan dalam,
sehingga aku nafikan setiap kurang,
sehingga aku jauhkan segenap tanggapan,
sehingga aku lupa pada kehendak hati.

maafkan aku membacanya tanpa rasa,
maafkan aku membacanya tanpa rindu di dada..

16 January 2011

.....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu..
Dlm sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu syg
Barulah terasa kubernyawa…
Kasihku kuamat mencintai kamu..
Kerna kau beri erti hidup
Kukan terus mencinta sedetik lebih
Serta selamanya…

12 January 2011

Sukarnya Berbagi Kasih


Si kecil itu melihat aku berbagi tanpa setara, sedang aku telah mencuba sedayanya.. aku beri semua yang sama, aku beli semua yang serupa, tapi aku akui hatiku melebihi kepada yang 2 dari dia, si kecil itu melihat aku tidak syg, kerana tiada ciuman yang singgah di pipinya, kerana tiada tempat dia di sisiku. bukan aku sengaja, tapi aku dihimpit oleh kedua yang jauh lebih manja. Dia yang pasif akhirnya terasa menjauh. maafkan cik ya syg..bukan sengaja mengenepikanmu..

sukarnya berbagi kasih, sedangkan si kecil itu mampu merasa inikan pula berkongsi pada satu hati. Jika aku ditempat Anis, pasti aku jua akan merajuk hati, pasti aku jua akan menjauh, pasti aku jua akan meluah rasa kerana diriku yang tersisih, kerana aku pilihan kedua, kerana aku bukan yang terpilih... tapi sekiranya aku di kedudukan Auni, pasti aku tak merase ada insan sedang menjeruk rase, dengan manjanya aku, dengan rengeknya aku, dengan perhatian dari yang aku kongsikan...pasti aku takkan melihat sedihnya dia, pasti aku tertawa n bahagia sedang seorang lagi sebal menahan rasa.

aku fikir aku matahari yang adil, menebar sinar tanpa membeza, menebar kasih tanpa membeda. rupanya aku silap, aku cuma bulan yang separuh, indah dan bahagia pada sebahagiannya sahaja. aku cuma menyuluh pada satu sisi hanya. maafkan Cik Ya syg, pasti takkan terjadi lagi nanti, semoga permataku nanti tidak dibeda oleh sesiapa, semoga permataku nanti disayangi semua. semoga aku tidak akan terlupa bahawa ada sisi yang mungkin terdera apabila aku bahagia...maafkan aku...

06 January 2011

dia intan gunung payung

dia intan gunung payung,
aku tatap dua matanya,
memberi aku seribu tenang dan damai..
aku lihat jauh ke dalam,
memberi aku kekuatan untuk berjuang..
biarkannya berlalu mungkin sukar padaku,
melepaskannya pergi mungkin menjeruk hatiku,
tapi dia bukan milikku seorang,
tapi dia bukan hakku sendiri,
dia seperti matahari,
matahari yang perlu menebar cahaya seadilnya..
mampukah aku bertahan? menanti?
wahai dia intan gunung payungku...

02 January 2011

aku berpijak atas awan-awan

sangat indah saat itu....
saat aku berpijak dari satu kelopak memutih..
jika ia mimpi,
aku tak mahu bangun dari lena..
biarlah panjang dan kekal....
biarlah lama dan abadi...