30 January 2011

nota itu kubaca

saat nota itu kubaca,
tiada lagi rasa yang menyelinap
saat nota itu kulihat
tiada lagi rindu yang sarat
dia, terlalu tegar dan dalam,
sehingga aku nafikan setiap kurang,
sehingga aku jauhkan segenap tanggapan,
sehingga aku lupa pada kehendak hati.

maafkan aku membacanya tanpa rasa,
maafkan aku membacanya tanpa rindu di dada..

16 January 2011

.....

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu..
Dlm sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu syg
Barulah terasa kubernyawa…
Kasihku kuamat mencintai kamu..
Kerna kau beri erti hidup
Kukan terus mencinta sedetik lebih
Serta selamanya…

12 January 2011

Sukarnya Berbagi Kasih


Si kecil itu melihat aku berbagi tanpa setara, sedang aku telah mencuba sedayanya.. aku beri semua yang sama, aku beli semua yang serupa, tapi aku akui hatiku melebihi kepada yang 2 dari dia, si kecil itu melihat aku tidak syg, kerana tiada ciuman yang singgah di pipinya, kerana tiada tempat dia di sisiku. bukan aku sengaja, tapi aku dihimpit oleh kedua yang jauh lebih manja. Dia yang pasif akhirnya terasa menjauh. maafkan cik ya syg..bukan sengaja mengenepikanmu..

sukarnya berbagi kasih, sedangkan si kecil itu mampu merasa inikan pula berkongsi pada satu hati. Jika aku ditempat Anis, pasti aku jua akan merajuk hati, pasti aku jua akan menjauh, pasti aku jua akan meluah rasa kerana diriku yang tersisih, kerana aku pilihan kedua, kerana aku bukan yang terpilih... tapi sekiranya aku di kedudukan Auni, pasti aku tak merase ada insan sedang menjeruk rase, dengan manjanya aku, dengan rengeknya aku, dengan perhatian dari yang aku kongsikan...pasti aku takkan melihat sedihnya dia, pasti aku tertawa n bahagia sedang seorang lagi sebal menahan rasa.

aku fikir aku matahari yang adil, menebar sinar tanpa membeza, menebar kasih tanpa membeda. rupanya aku silap, aku cuma bulan yang separuh, indah dan bahagia pada sebahagiannya sahaja. aku cuma menyuluh pada satu sisi hanya. maafkan Cik Ya syg, pasti takkan terjadi lagi nanti, semoga permataku nanti tidak dibeda oleh sesiapa, semoga permataku nanti disayangi semua. semoga aku tidak akan terlupa bahawa ada sisi yang mungkin terdera apabila aku bahagia...maafkan aku...

06 January 2011

dia intan gunung payung

dia intan gunung payung,
aku tatap dua matanya,
memberi aku seribu tenang dan damai..
aku lihat jauh ke dalam,
memberi aku kekuatan untuk berjuang..
biarkannya berlalu mungkin sukar padaku,
melepaskannya pergi mungkin menjeruk hatiku,
tapi dia bukan milikku seorang,
tapi dia bukan hakku sendiri,
dia seperti matahari,
matahari yang perlu menebar cahaya seadilnya..
mampukah aku bertahan? menanti?
wahai dia intan gunung payungku...

02 January 2011

aku berpijak atas awan-awan

sangat indah saat itu....
saat aku berpijak dari satu kelopak memutih..
jika ia mimpi,
aku tak mahu bangun dari lena..
biarlah panjang dan kekal....
biarlah lama dan abadi...