13 September 2011

Selamat Ulang Tahun Mak...

14 September..hari ini usia mak 58 tahun.. ulang tahun kali ni berbeza dengan selalu sebab mak dah bersara. lepas ni mak akan duduk rumah je. paling2 pun sebuk anta anis n aniq g sekolah..tak pun try2 bisnes ape2 yang patut.

kalau orang cakap mak dia terhebat dalam masakan,bg mak aku, biasa je tapi semua air tangannya tetap asyik di lidah aku.
kalau orang cakap mak dia terbaik dalam bimbingan dan perhatian, bg mak aku, biasa je tapi pipi aku selalu tak lekang dari dikucupnya.
kalau orang cakap mak dia teristimewa, bg mak aku, tersangat istimewa sebab mak bukan saje mak yang melahirkan aku, yang membesarkan aku, yang menyekolahkan aku, yang mendidik aku, yang memberi seluruh kasih syg tak ternilai dan tiada tolok bandingan pada aku, mak aku juga adalah sahabat terbaik aku. yang tak ade satu cerita pun tertinggal untuknya, macam tu jgak aku, aku akan jadi org pertama tempat mak bercerita. mak akan menjadi org pertama meneka dengan tempat perasaan aku, kan darah yg mengalir dalam tubuhku miliknya juga jadi mungkin kerana itu semua yg terlintas dlm fikiranku dgn mudah dipetik..mak orang yang pertama aku khabarkan sedih dan gembira..
sungguh, aku terlalu sygkan mak, walaupun kadang2 aku degil, keras kepala, tak dengar ckp, memberontak, tp tu semua bukan kerana sygku kurang pada mak..
untuk mak, semoga sihat selalu sebab bila mak sihat mak akan cakap banyak2, dan bila kita kongsi cerita mak akan gelak kuat2..bila mak da pencen ni mak kena cantik2 jugak tau, kalau tak nnti ya bisingkan mak.. sebab ya syg mak sgt n nak mak selalu sihat, cantik dan bahagia....

07 September 2011

cinderella version aku...

sape penah tengok cite fairy tale Cinderella?mesti semua penah kot kan tak kirelah version ape...kalau budak pompuan yang tengok mesti bayangkan si cinderella tu dia..tapi lain pulak untuk aku..aku, huhu macam kakak cinderella dalam version inggeris, ape yang same, cume satu je.. time dia menari dengan putera raja, tetibe lutut dia berbunyi...errr spoiled...tu la part yang same ngan aku.. lututku berbunyi rangup..patutla aku tak dpt kawin putera raja...

camne aku nak buat supaya lutut aku ni tak bunyi eh, agak memalukan bila aku perlu tunduk bersalam ngan org patu lutut aku bunyi rangup..masa raye ari tu, 2 3 kali jadi kat aku. ape nak buat, takkan nak tanggal lutut aku masuk dlm handbag kot.. so terpaksele tahan je dengar org gelak..ape nak buat...

at least aku ni tergolong dalam watak dlm fairy tale..walaupun antogonis..tak pela..janji ade...

06 September 2011

Saat itu..

Saat Kau titipkan dia..
ada getar, ade ragu yang menderu..
bimbang tentang kewibawaan sendiri..
namun, tidak sekali aku menolak takdirMu

Saat Kau memberi aku peluang melihatnya..
segala gundahku terbang..
hilang tak terbilang..
menyelinap halus kasih dan sayang..
dalam bisik aku panjatkan padaMu
agar kehadirannya penuh rahmat..
penuh berkat..

Saat Kau ambil dia dariku..
seperti tersiat segenap rongga..
seperti terlerai setiap anggota..
sangat perih untuk aku rela..
baru aku sedar rasa ini tersimpan dalam
amat dalam tak terjangkau..
aku mempersoal takdirMu
mencari merungkai kesalahan
sedihku tak terbilang..
namun aku pasrahkan..pergilah sayang
pergilah dengan bahagia..
cukuplah aku melihat dia sekali cuma..

Ampunkan aku Ya Tuhan..
kerana tegar mempersoal..
ampunkan aku Tuhan..
kerana lambat menyambut kepasrahan..
yakin padaMu, aku akan dititip lagi,
dengan rasa yang lebih indah..
dengan cinta yang lebih waja..

Jauh...

yang aku lihat makin kabur..
yang aku dengar makin sayup..
yang aku rasa makin hambar..
kerana jauh..

jauh yang merenggang..
jauh yang mengahalang..
jauh yang menjauh...
membenar rasa makin terbiasa...