29 November 2009

KORBAN

dari cermin bilikku, tingkat 8, aku lihat ramai sedang bergotong royong melapah daging korban, hari ini hari terakhir umat islam menunaikan ibadah korban bagi tahun ini. sejarah Nabi Ibrahim yang menyembelih anaknya Ismail diperingati dengan merayakan Aidiladha..Lembu yang dipilih untuk dikorban di sini ,mungkin lembu haiwan istimewa, setiap inci badannya boleh dimanfaatkan..dari daging,tulang,ekor, perut malah kulitnya pun boleh dimakan..korban ni setahu aku unik bila setiap sisa daging korban tu tak boleh dibuang sesuka hati, takut di makan binatang haram..dagingnya juga tak boleh di agih pada orang bukan Islam..mungkin ade rasionalnya kenapa dibuat begitu.indah sebenarnya erti korban...salam aidiladha yang kian berlalu pergi...

23 November 2009

TIPS KURUSKAN BADAN

khas untuk dje'

sejak sebulan ni aku dah turun dekat 4kilo..mula-mula aku tak sedar tapi bila semua orang kat sekeliling aku tegur aku mula realise mmg aku dah kurus.. kurus daripada biase. Bila semua orang kate aku berdiet..jwpnnya tentulah tak..kalau ye pun aku diet, diet aku pastinya tak berkesan..tak kirela dalam meal seharian aku tu ada nasik or tak., aku tetap tak akan kurus..dalam sebulan ni aku jumpa formula yang sgt-sgt berkesan untuk kuruskan badan:-



  • Datangkan masalah yang terlalu sukar untuk dirungkai lagi banyak lagi bagus..hipotesisnya, semakin banyak masalah yang didatangkan, semakin banyaklah kadar penurunan berat badan anda.

  • Laburkan airmata, tak kiralah samada air mata kesal, air mata sakit, air mata benci,apepun jenis air matala..supaya kandungan air dalam badan yang tidak berapa berfungsi dapat dikeluarkan melalui kantung mata. jadi anda semua tak akan memiliki lagi perut boroi yang dipenuhi air berlebihan.

  • Bila hidup korang penuh masalah dan setiap hari penuh dengan air mata mesti korang tak lalu nak makan byk-byk kan..makanan yang dulu selalu menggamit-gamit selera mesti tak lagi indah pada pandangan mata dan selera. secara sendirinya semua makanan tu rase pasir bila korang telan. tapi perut akan tetap berbunyi, menyanyi nyanyi lapa. lagu tu ikut kadar kelaparan.

  • Kelaparan yang melanda hidup korang saat tu memang tak berape berkesan pada tahap keseleraan anda melihat makanan sebab makanan masa tu macam jadi ntah no berapa dalam hidup korang. Jadi bagi mengurangkan rase lapar, secara automatiknya korang akan mengambil air masak yang sgt berguna untuk badan dalam kadar yang lebih dari biasa. kan kite ni susah nak minum air masak...

  • Kalau kepala otak penuh dengan masalah, mesti korang tak tau nak wat pe kan, kalau dok sorang-sorang mesti sedih..tv dah bukan lagi teman yang baik saat tu sebab kadang-kadang banyak cerita-cerita yang menambahkan serta mengingatkat pada masalah. lebih sakit kan. So, the best way korang wat la keje2 yang boleh buat korang happy, pegi tempat yang ramai-ramai orang atau ada pemandangan yang cantik..kat sana korang msti rase lega sket..dah alang-alang kat situ korang gi la jogging atau cubelah meletih-letihkan badan sket. paling kurang korang jalan la kaki sambil menikmati pemandangan..aku yakin kepala akan lega sket n semua anggota badan korang kembali fit.tak la lembik-lembik lagi.

  • Penat berjogging? malam ni aku yakin korang tak payah amik masa yang panjang untuk melelapkan mata. keletihan akan wat korang letak masalah kat ujung kaki and tutup dengan bantal..apelagi tido la. tido yang cukup kan buat kite sihat, kurus dan fit...

Amacam tips aku? aku gerenti korang kurus...hilang semua spare tyre or love handle yang ade kat perut tu..comfirm semua yang besar akan mengecil...boleh la pakai suar-suar yang dah tak muat tu. Ok, selamat mencube..

19 November 2009

aku rindu

train hari ini agak lewat,dengan rase macam nak demam lagi, aku harap train tak sendat jadi sekurang-kurangnya aku boleh berdiri dengan selesa. nasib aku baik, bila ade tempat kosong, aku ingatkan nak lelap sekejap sementara sampai ke stesyen shah alam..tapi perhatian aku tertumpu pada kerusi di sebelahku..ada seorang budak india berbaju sekolah sedang memangku kepala adiknya yang tertido..ada senaskah buku biologi juga di tangannya..mungkin dia mengulangkaji untuk SPM.

aku tak lepas memandang kedua-duanya..ntah kenapa hati aku terusik, kemesraan, keakraban dapat aku rasakan mengalir dalam diri mereka berdua. si kakak mengusap badan adiknya yang terselak kerana bajunya yang agak kecik..roma adiknya sudah tegak mungkin kerana sejuk penghawa dingin..

tiba2 si kakak yang aku kira tak begitu biasa menggunakan perkhidmatan Komuter bertanya pada aku sekarang ini kami berada di stesyen mana? aku dengan senang hati menjawab Subang Jaya, dia bertanya lagi, next stesyen shah alam ke?, aku jawab dengan mesra, tidak, next stesyen adalah Batu 3, berikutnya barulah Shah Alam..

mendengar peneranganku, dia lantas mengejutkan adiknya yang lena tidur, mengusap rambut adiknya, menepuk pipi adiknya manje.."get up dear...we will reach Shah Alam". Adiknya bangun dan sedikit merengek, lalu dipujuk lagi oleh kakaknya. tiba-tiba kakaknya menunjuk pada skirtnya yang basah..aku mencuri pandang, memang ade 2 tompok basah pada skitnya..aku tersenyum nipis, air liur adiknya yang tido tadi meninggalkan tompok pada skirtnya..dia membersih2kan sedikit skirtnya dengan tisu, dan tanpa sedikitpun marah dia merapikan adiknya, mengikat semula rambut adiknya yang sudah agak kusut, supaya lebih kemas apabila turun dari train nanti.

tiba di stesyen Shah Alam yang kebetulan stesyen yang juga akan aku turun, aku masih lagi memandang kedua beradik itu..memberi laluan kepada keduanya untuk mendahului aku..aku masih melihat...tanpa aku sedar mataku bergenang, rindu pada seorang adik yang jauh dariku..rindu pada sebuah kemesraan.

aku punya seorang adik yang kata orang persis sepertiku, rautnya..tapi agak berbeza struktur badannya. jari-jarinya halus dan kecil, itu aku masih ingat, bila dia memicit badanku, aku jadi geli kerana jarinya yang kecil. setiap kali aku kemana2, aku selalu melihat baju yang sesuai untuknya, tapi sering saja baju itu akan kecik di badannya, aku lupa dia bukan adikku yang kecil lagi, dia sudah boleh mengenakan bajuku di badannya, dia sudah boleh meminjam seluarku kerana saiz yang sama. dan baru-baru ini aku makin sedar, adikku yang sorang itu dah besar, dewasa dan matang, bila dia menentang keputusanku, bila dia mengeluarkan hujahnya untuk tidak berada di belakangku lagi...

tak apelah, dia tetap adikku dunia dan akhirat, satu-satunya manusia sama darah yang mengalir denganku dan juga pernah tinggal dalam kantung rahim yang sama...dia tetap adikku..yang aku rindu.

18 November 2009

1st Move...

tengok gambar ni..ada 2 sisi yang berbeza..sisi positif dan negatif... memang hidup ni begitu ade 2 sisi yang berbeza..aku selalu melihat pada gambar ni bila aku rase penat, bila aku rase marah, bila aku rase nk menangis. ade satu semangat yang aku tak boleh tafsirkan dari gambar ni...

so, for my first post ni..aku nak bagitau tujuan aku create blog ni..1)untuk suke2 2)menghilangkan bosan aku kat office ni 3)meluahkan perasaan aku yang kadang2 tak terluah pada yang sepatutnya 4)share cite ngan kawan2 aku 5)promote pape yang patut...

thanks pada yang sudi nak berkunjung di sini....