24 January 2010

latest outing....23/01/10


selamat bertunang sahabat..
ehmmm...last outing for u as a single lady..happynye hanye tuhan yang tahu...terbang segala masalah...lenyap segala gusar..pergi segala resah...bersama2 gelak tawa yang terhambur demi mengenang zaman remaja yang tak mungkin dapat diulangkan semula.. ah..rindu sangat aku pada sekolah, tempat kita mempelajari pengalaman...rindu sgt aku pada padang hijau di bawah pokok ara tempat kita sama2 berlatih bola jaring...
kita sebenarnye 4 manusia yang saling berbeza.. berbeza fizikal dan karektor..ada yang tinggi..rendah (ehm...ehmm...dah ko tak pape kan)..kurus..tak berape kurus(jgn marah zura)...ada bahagian2 tertentu saling contra..hahaha...tapi..rase kita same..hormat..percaya..sayang menyanyangi adalah faktor persahabatan ini kekal abadi...tiada cemburu dan curiga..tiada dengki dan hasad...susah sorang..susah semua..musuh seorang adalah musuh semua...menjadi sahabat sejati yang tangan saling berpimpin..kemana aje perginya..walau kelas berasing..
~ayut..si putih melepak...walaupun ko selalu aje menyangkal tapi nilai persahabatan masih teguh
~zura..ko yang paling bijak mengecam org...cepat dewasa antara yang lain...hari bahagia semalam aku doakan agar terus selamanya bahagia
~idah..yang paling comel..kalut dan lambat mendapat info...hahaha..sgt kelakar...kami sgt syg pada ko..
masing2 dah mengorak hidup sendiri...semoga setiap kenangan kita takkan luput dari ingatan...

06 January 2010

PERGILA SAHABAT

09.29.09
11:27pm

“A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are.”
ahhh..sebal…pagi2 mood aku hilang..hilang kerana hilang seorang lagi yang aku percaya..hilang kerana dia mahu aku berhenti berjuang..kerana dia mahu aku berpatah kebelakang..

besar erti sebuah persahabatan..sebesar kasih sayangku buat sahabat-sahabat baikku..persahabatan yang aku semai sedari kaki melangkah ke sekolah rendah..kekal bertahun..tapi suram sejak beberapa tahun kebelakangan ini..masing2 sibuk dengan urusan sendiri..bukan tolak mentah pandangnya.. tetapi pandangannya terlalu menyentak perasaan aku..memperlekeh ape yang aku ada..ye kebahagian adalah urusan-Nya..tanpa aku bisa menyingkap setiap helaian sinopsisnya..aku berpegang bukan hanya pada kenangan yang aku yakin kau jua tak punya..aku memang sangat berbangga dengan kisah silamku, cerita sejarahku, memori kenanganku..memori yang takkan dapat di ganti dengan ape-apepun, yang tak mungkin dapat ditukar dengan wang ringgit berjuta sekalipun, tapi aku bukan manusia yang tidak rasional.



kau boleh meminta aku berhenti, kau boleh meminta kau berpatah balik, tapi bukan hak kau untuk mendoakan penyesalan ku, buka hak kau untuk mendoakan kejatuhan ku..aku tahu..sgt tahu aku yang aku nak..aku tahu..sgt tahu tentang ape yang aku usahakan.. bukan melulu..

cinta pertama yang aku bawa bukan kerana dia cinta pertama..kenangan yang aku paut, bukan kerana dia kenangan..tapi ada sesuatu yang kau tak akan faham..hidup dan kehidupan akan selalu meminta selalu meminta bahagia, meminta sesuatu yang kekal, meminta sesuatu yang tak mungkin orang lain faham.

kau malu jadi sahabat aku? malu kerana aku menolak sesuatu yang suci? malu kerana aku memalukan? pergila teman..pergila..susah ini akan kutanggung sendiri, payahku takkan aku keluh kesahkan..pergila sahabat..pergila seperti kakak-kakakku pergi..pergila seperti adikku pergi..pergila..

04 January 2010

KEMBALILAH TENANG

entah kenapa rasanya payah..
entah kenapa jurangnya besar..
entah kenapa jauhnya bukan sejengkal..
kuberenang sepenuh kudrat..
kuberlari tanpa kenal penat..
untuk setitik harapan kebahagiaan..

kudratku masih kental untuk berenang lagi..
penatku belum lelah untuk kuberhenti berlari..
aku bukan pemuja cinta..
cuma sekadar memenuhi setiap kosongnya hati..
kosong tanpa adanya dia..
kosong tanpa jiwa..
kosong tak punya apa..
kosong dan terlara..

mengalah bukan prinsipku..
berserah itu bukan aku..
tetapi semakin kuat kudrat kukerah..
semakin payah jalan terbentang..
semakin tegar aku berlari..
semakin besar jarak berjurang..

aku rindu menatap Selat Melaka..
dengan seribu ketenangan..
dengan tulusnya sebuah restu..
aku rindu tertawa tanpa resah..
dengan segenap mimpi indah..
yang tidak mustahil dicapai dan digenggam..

Selat Melaka..
deru ombaknya tidak setenang dulu..
walau masih setia ke pantai ia berkunjung..
kerana ada badai yang keras di tengah..
kerana ada gelombang yang tak pasti bila akan berhenti..