28 October 2010

seandainya kau meminta...

seandainya kau memintaku berbicara..
kanku usahakan bercerita
seandainya kau memintaku ketawa..
kanku usahakan canda dan senda
seandainya kau memintaku menemani..
kanku selalu di sisi
seandainya kau memintaku berkongsi..
takkan sekali aku menjauhi
seandainya kau memintaku cinta..
kanku usahakan bahagia
seandainya kau memintaku pergi..
maafkan aku, aku takkan bisa,
kerana langkah ini telah kau kunci
kerana haluan ini takkan bermakna lagi....

serba serba salah

bila aku duduk, kata aku malas,
bila aku berdiri kata aku angkuh,
bila aku bagi kata aku sengaja menyusahkan,
bila aku ambil kata aku tak berperi kemanusian,
serba serba salah...
kerana aku memang salah,
kerana aku memang yang mencari masalah..
tapi pada aku itu bukan masalah,
tapi jalan untuik aku keluar dari masalah...

bercakaplah, bercakaplah selagi mampu..
selagi lidahmu belum kelu..
bercakaplah

tapi semalam bila semua melihat kebenaran..
bila semua melihat setiap perjuangan...
kenapa berhenti berkata2?

25 October 2010

masih jauhkah mimpiku...

saat jariku disarung cincin indah..
aku tatap wajah si ibu,lalu hatiku berkata, masih jauhkah mimpiku?
saat tangan si ibu aku kucup, debar hatiku terus bertalu...
benarkah semua ini bukan mimpi....

aku tak mahu mencarik langit kosong lagi,
aku mahu menggapai mimpi yang aku sulam bertahun,
merase sedikit bahagia,
benarkah dia akan memimpinku ke taman syurga?
benarkah dia akan meyintaiku tiada tara?
doaku takkan pernanh putus, tak kan pernah berhenti,
kerana setiap yang termimpi ingin aku coret menjadi realiti.....