24 February 2011

... 2

sekiranya aku jawapan pada kesunyian
kenapa membiar aku terus kaku dalam kesepian
sekiranya aku bidadari dari langit
kenapa merela aku terus merasa sakit
aku bukan makna pada segalanya
aku cuma perempuan yang mahu bahagia....

18 February 2011

rasa ini..

rasa ini, sangat menguji setiap sabar aku,
sangat menguji kentalnya jiwa aku,
sesungguhnya apa yang Kau uji pada aku sangat mencabar jiwa dan emosiku,
sesungguhnya apa yang Kau titipkan buat aku kali ini, sangat berkesan dalam,

takut untukku melihat dan mendengar
bimbang aku untuk menghadapi dan menyakini
bawalah rasa ini menjauh sekiranya aku bukan dari rusuk kirinya
jadikanlah rasa ini mendingin sekiranya aku lebih menyakiti yang lain
tetapi..
datangkan padaku keikhlasan dan kepasrahan sekiranya takdirku bersamanya
tiupkan sabar yang besar sekiranya langkah yang kupilih penuh ranjau nanti..
aku cuma insan kerdil yang lemah serba serbinya.
hilangkan rasa sedih dah gundahku..
titipkan sedikit bahagia yang panjang..untuk aku bisa membahagiakan..

15 February 2011

mata hatiku bimbang

Mata, lelaplah mata, agar siang datang awal
Mata, lelaplah mata, agar kurang semua resah
Mata, tidurlah mata, agar kembali tenang
Bimbang, hatiku bimbang, bimbang akan kehilangan
Bimbang, hatiku bimbang, bimbang aku cuma menatap kenangan

13 February 2011

aku yang sangat tak pasti

Kalau dulu, langkahku kerana insan lain, agar sekelilingku tersenyum, gembira melihat aku yang kononnya bahagia.sedang hatiku luka dan hancur, sedang aku tegar menggadai perasaan yang menyakitkan..aku terus mahu sekelilingku tersenyum..
Kini, bila aku tegar berpaling dari derita yang maha perit untuk cinta yang aku kejar akhirnya aku masih sendiri, kosong..kuhamparkan cinta seluas angkasa, aku tebarkan kasih syg tiada tara, tapi mungkin benar, aku belum layak menerima cinta seadilnya. Siapa yang akan mengerti? Aku hanya akan mendengar kata2 yang menyayat, ejekan yang hebat, senyum sinis dari semua yang melihat, sedang aku cuma mahu merasa sedikit bahagia, sedikit penghargaan agar aku bisa terus menebar kasih syg. Kata bondaku, kasijnya padaku tidak terkata, sangat dalam..tegarkah aku melukainya lagi, namun aku pasti bonda juga mahu melihat aku di puncak bahagia.. Untuk cinta yang aku sulam lama, maafkan kerana aku perlu mencari ruang berfikir yg tenteram untuk diriku sendiri.....

06 February 2011

nota itu kubaca 2

aku tatap nota hitam itu,
tanpa sedar pipiku panas..
terlalu jauh aku tinggalkan,
terlalu asing aku biarkan,
bukan kerana aku memang membenci,
bukan kerana aku ingin pergi,
aku cuma mahu menilai diriku sendiri.
aku tatap lagi nota hitam itu,
aku rasa ia sarat dengan rindu,
ia sarat dengan rasa tak menentu,
tapi cukuplah, cukuplah.
aku sekadar membacanya.