21 January 2013

Perjuangan yang belum selesai...

LEGA! ini perkataan terbaik untuk menggambarkan perasaan aku hari ini selepas mengakhiri paper terakhir..  Ya Allah Kau rezekikanlah apa yang sepatutnya ku perolehi hasil dari titik peluhku.. tiada yang lebih aku inginkan selain meluangkan lebih masa bersama Aif, membayar semula setiap masa yang tertinggal bersamanya sepanjang aku perlu mencuri sebahagian masa untuk menjadi seorang pelajar...

Selepas 3 tahun, semoga hasilnya berbaloi.. bukan pangkat yang aku kejar, tetapi setidak2nya aku akan menjadi sumber motivasi kepada zuriatku untuk belajar nanti. Mengakhiri kertas terakhir belum bermakna perjuanganku selasai, tetapi setidak-tidaknya aku mampu menarik sedikit nafas lega bila aku boleh pulang lebih awal, menunggu Raa'if pulang. setidak-tidaknya aku mempunyai sedikit masa lebih untuk belajar menjadi isteri yang sebenar-benar isteri.  ada sedikit masa untuk belajar memegang senduk dengan lebih berseni...Haha..alasan...

Perjuangan ini masih belum selesai, sekiranya Dia memberikan kesempatan, aku berniat untuk meneruskan setakuk lagi, selagi masih ada momemtun, selagi otak belum tepu untuk menerima.. semoga Raa'if akan selalu faham dan baik-baik sahaja, semoga Mohd Nasrieq akan sentiasa menyokong dan menolong (assignment una)...

Usai semester ni, umah angah boleh tambah lagi 3 paku nak sangkut gambar konvo, degree untuk aku n Uli, n adik, tahniah untuk Master (sekecik yang lebih berjaya).. adik abang dah tak payah malu dengan paku kosong tu ye...

Bagi semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung, yang mane telah aku susahkan sepanjang tempoh perjuangan, aku mohon kemaafan.. sekiranya aku tak berkesempatan membalasnya, semoga kebaikan kalian akan dibalas olehNya..Insyaallah..

MMR

Sangat lama blog ini tak kujenguk
hanya sesekali aku meniti semula cerita-cerita lama yang pernah tertulis
yang tertulis kemas dalam sanubari sahaja mungkin..
saat tulisan ini tertulis, aku adalah aku yang baru
baru kerana aku yang menulis adalah tangan seorang ibu
seperti bermimpi, ada nadi yang berdegup dalam rahimku
ada regakan halus yang amat meruntun jiwa
terlalu indah untuk dibayangkan, terlalu indah
jauh lebih indah dari menerima segulung diploma
jauh lebih indah dari meraikan kenaikan pangkat
tak tergambar indahnya rasa yang terwujud..

pertama kali menatapnya
segenap sakit hilang serta merta
dia hadiah terindah
setiap tangis, rengek dan gelagatnya
aku mahu nikmati tanpa gagal

amanah ini pasti akan aku jaga sebaiknya
membelainya dengan penuh kasih syg
memberikannya setiap titisan emas yang teranugerah...
Megat Muhammad Raa'if
semoga menjadi anak yang solat
menjadi penyejuk mata mama...