11 March 2013

PENUH IKHLAS

lian, lian mama, intan kesayangan... lagu rutin yang tak lekang sejak 7 bulan ni dari mulut aku. intan belian kesayangan, Megat Muhammad Raa'if mungkin akan mendengar alunan ini setiap hari sampai dewasa, mungkin juga aku akan berhenti menyanyi bila tiba masanya. tapi salah ke aku meluah rase cinta dan sayang yang tak terhingga ini dengan cara itu. menzahirkan setiap kasih ini dengan alunan suara yang tak begitu merdu tapi pasti penuh ikhlas seorang ibu.

si kecil ini terlalu bijak, walaupun dia tidak ketawa terkekeh, tapi dia pasti akan tersenyum girang setiap kali alunan itu aku lagukan, inilah suara terindah buatnya yang pasti mampu mereda esak tangis, yang akan melega segala ketidakselesaan. dengan penuh ikhlas, seperti ikhlasnya si kecil ini memuji aluanan nyanyianku dengan ikhlas dalam senyuman.

tanpa ragu, dalam dakapan ini adalah tempat terbaik buatnya, akulah yang terindah kerana setiap kali wajah ini dilihatnya, senyuman pasti akan terukir. segalanya pasti ikhlas. seperti ikhlasnya aku mendakapnya penuh sayang.

aku mahu dia tahu, dia adalah yang terbaik, kerana itu aku takkan pernah berhenti mengalun lagu, aku takkan pernah berhenti mendakap tanpa jemu biar sebesar manapun dia. biarpun usianya 7 tahun, 17 tahun , 27 tahun atau sampai bila-bila pun selagi aku bernyawa.

selamat ulang bulan sayang. terima kasih kerana membawa mama ke bahagia yang diredhai.

No comments:

Post a Comment