19 November 2009

aku rindu

train hari ini agak lewat,dengan rase macam nak demam lagi, aku harap train tak sendat jadi sekurang-kurangnya aku boleh berdiri dengan selesa. nasib aku baik, bila ade tempat kosong, aku ingatkan nak lelap sekejap sementara sampai ke stesyen shah alam..tapi perhatian aku tertumpu pada kerusi di sebelahku..ada seorang budak india berbaju sekolah sedang memangku kepala adiknya yang tertido..ada senaskah buku biologi juga di tangannya..mungkin dia mengulangkaji untuk SPM.

aku tak lepas memandang kedua-duanya..ntah kenapa hati aku terusik, kemesraan, keakraban dapat aku rasakan mengalir dalam diri mereka berdua. si kakak mengusap badan adiknya yang terselak kerana bajunya yang agak kecik..roma adiknya sudah tegak mungkin kerana sejuk penghawa dingin..

tiba2 si kakak yang aku kira tak begitu biasa menggunakan perkhidmatan Komuter bertanya pada aku sekarang ini kami berada di stesyen mana? aku dengan senang hati menjawab Subang Jaya, dia bertanya lagi, next stesyen shah alam ke?, aku jawab dengan mesra, tidak, next stesyen adalah Batu 3, berikutnya barulah Shah Alam..

mendengar peneranganku, dia lantas mengejutkan adiknya yang lena tidur, mengusap rambut adiknya, menepuk pipi adiknya manje.."get up dear...we will reach Shah Alam". Adiknya bangun dan sedikit merengek, lalu dipujuk lagi oleh kakaknya. tiba-tiba kakaknya menunjuk pada skirtnya yang basah..aku mencuri pandang, memang ade 2 tompok basah pada skitnya..aku tersenyum nipis, air liur adiknya yang tido tadi meninggalkan tompok pada skirtnya..dia membersih2kan sedikit skirtnya dengan tisu, dan tanpa sedikitpun marah dia merapikan adiknya, mengikat semula rambut adiknya yang sudah agak kusut, supaya lebih kemas apabila turun dari train nanti.

tiba di stesyen Shah Alam yang kebetulan stesyen yang juga akan aku turun, aku masih lagi memandang kedua beradik itu..memberi laluan kepada keduanya untuk mendahului aku..aku masih melihat...tanpa aku sedar mataku bergenang, rindu pada seorang adik yang jauh dariku..rindu pada sebuah kemesraan.

aku punya seorang adik yang kata orang persis sepertiku, rautnya..tapi agak berbeza struktur badannya. jari-jarinya halus dan kecil, itu aku masih ingat, bila dia memicit badanku, aku jadi geli kerana jarinya yang kecil. setiap kali aku kemana2, aku selalu melihat baju yang sesuai untuknya, tapi sering saja baju itu akan kecik di badannya, aku lupa dia bukan adikku yang kecil lagi, dia sudah boleh mengenakan bajuku di badannya, dia sudah boleh meminjam seluarku kerana saiz yang sama. dan baru-baru ini aku makin sedar, adikku yang sorang itu dah besar, dewasa dan matang, bila dia menentang keputusanku, bila dia mengeluarkan hujahnya untuk tidak berada di belakangku lagi...

tak apelah, dia tetap adikku dunia dan akhirat, satu-satunya manusia sama darah yang mengalir denganku dan juga pernah tinggal dalam kantung rahim yang sama...dia tetap adikku..yang aku rindu.

No comments:

Post a Comment