04 January 2010

KEMBALILAH TENANG

entah kenapa rasanya payah..
entah kenapa jurangnya besar..
entah kenapa jauhnya bukan sejengkal..
kuberenang sepenuh kudrat..
kuberlari tanpa kenal penat..
untuk setitik harapan kebahagiaan..

kudratku masih kental untuk berenang lagi..
penatku belum lelah untuk kuberhenti berlari..
aku bukan pemuja cinta..
cuma sekadar memenuhi setiap kosongnya hati..
kosong tanpa adanya dia..
kosong tanpa jiwa..
kosong tak punya apa..
kosong dan terlara..

mengalah bukan prinsipku..
berserah itu bukan aku..
tetapi semakin kuat kudrat kukerah..
semakin payah jalan terbentang..
semakin tegar aku berlari..
semakin besar jarak berjurang..

aku rindu menatap Selat Melaka..
dengan seribu ketenangan..
dengan tulusnya sebuah restu..
aku rindu tertawa tanpa resah..
dengan segenap mimpi indah..
yang tidak mustahil dicapai dan digenggam..

Selat Melaka..
deru ombaknya tidak setenang dulu..
walau masih setia ke pantai ia berkunjung..
kerana ada badai yang keras di tengah..
kerana ada gelombang yang tak pasti bila akan berhenti..

No comments:

Post a Comment