08 July 2010

cerita waktu rehat ari jumaat

lama aku tak habiskan rehatku dengan kawan yang aku anggap adik ni... Noradilah Mahder, itulah name dia..dia adalah kawan yang mngisi sunyi aku waktu mula2 aku melapor diri di HQ ni.. melihat fizikal dia...ape yang aku dapat simpulkan dia seperti langit dan bumi dari aku...dia sngat kecik dan kurus...sampai semua baju kurungnya nampak besar dari badan.....dia seorang yang sangat sederhana pada pandangan aku....
aku selalu mendengar ramai yang mengeluh tentang cara dia berkomunikasi, mmg betul dia agak pasif dan ceritanya sering kali berulang, perlahan dan teratur...dia mmg sangat berbeza dari aku...tapi dia kawanku yang ku anggap adik...aku akan selalu dan sentiasa mendengar dia....mungkin itu mmg attitude dia..mmg cara dia dibesarkan...
hari ini aku habiskan masa 2 jam rehatku dengar mendengar keluhan darinya...tentang keluarganya...

mendengar ceritanya aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga ku....yang sangat menyayangiku kukira, dari rahim seorang ibu yang bagiku adalah ibu terbaik dari semua sudut, kasih sygnya, bimbingannya, perhatiannya, toleransinya, kefahamannya, segala-galanya...ibuku mmg seorang yang selalu mendukung setiap ape yang aku lakukan, akademikku, sukanku, ibu bukanlah lulusan ijazah, spm juga dia tak kenal tapi dia bijak untuk memberi motivasi kepada anak2nya untuk berjaya dalam pelajaran, ibu juga bukanla seorang yang terlalu banyak masa untuk turun padang melihat aku beraksi tapi dia tak pernah tegah malah selalu menjadi tukang urut setiap kali kakiku "merongkol" (perkataan yang dia akan pakai) selepas game.. ibuku juga adalah judge pertama untuk setiap syarahan dan perbahasan yang akan aku sertai...kawan2ku, rumahku dan ibuku la yang paling sesuai untuk dibawa berbincang sekiranya ada aktiviti menakal...

mendengar cerita dia, menggamit rase syukurku kerana aku jauh lebih bahagia darinya, jauh lebih menikmati hidupku dari dia...kesian adikku seorang ini, dia tiada kwan2 untuk bergelak ketawa sedangkan aku terlalu ramai kawan2 ku untuk aku melunaskan tekanan...kawan2 baikku...kawan2 netball ku, kawan2 sekolahku, kawan2 sekampus ku..banyak..banyak sangat....selalu shaja gelak ketawaku terhambur bila dengan mereka semua....syukur aku sangat

mendengar ceritanya....aku lantas rindu pada kakak2ku, juga abangku yang sorang....aku mmg sngat beruntung, selalu je tak pernah kurang komunikasi dan cerita. gurau senda yang tak kurang hebatnya..abg sulung aku yang gemuk ni selalu bertekak ngan aku bila dia nak milo ais yang aku takkan buatkan..aku bising sebb selalu sangat minum ais. bertekak la tapi manje2 je...hahaha, kakak ke2 ku yang paling aku syg, sebb dia sangat jujur dan ikhlas dalam hidupnya, walaupun pencapaian nya tak seberapa tapi dia penuh dengan keikhlasan, lemah lembut dan baik hati...dia la selalu jd bahan buli yang lain2. kakakku ke-3, pantas dan ligat, persis aku..cume org cakap aku lebih ngade2 dari dia..hahahaha, yang ke-4, dialah yang dalam entry aku sebelum ni, bab gosip boleh share nagn dia. dan l;ast one is adik kesayangan aku, anak bongsu memang mengade2nye lebih..ape aja yang diminta pasti mak akan deliver. aku tak jeles sgt sebb mase aku pun dah berlalu, dulu aku pun same...syukur aku ade setiap manusai ini di sekelilingku tak seperti kawan yang mula2 aku ceritakan tadi..jauh berbeza...

ya tuhan, syukur aku panjatkan kepadamu, kerana memberikan aku kasih sayang yang berlimpah ruah dari setiap insan-insan di sekelilingku,terlalu ramai..tak tersebut sekiranay ingin kuatur barisannya di sini..terlalu ramai..syukur aku kerana jauh lebih bahagia dari ramai org di luar sana...syukur...

No comments:

Post a Comment