01 July 2010

dia...kakakku

huuhhhh.....cerita hari ini tentang wanita yang pernah rapat denganku satu waktu dulu...saling bertukar cerita dan duka..paling aku tak leh lupe...bila kami berdua jadi monyet yang makan rambutan yang tengah bergayut masak kat belakang rumah waktu bulan pose (hahahaha,jgn marah..kami berdua ade excuse kalau tak pose) sambil dengar si adik terjerit2 panggil nama kami berdua "ya! mamah! kat mane?" hahaha..sian budak kecik ni...pose sorang2 mase tu...huuuhhhhh rindu sangat pada kakakku yang seorang ini...juga adikku si demok
lebih rindu lagi untuk saling bertukar baju...bila aku tercari-cari kemana hilangnya seluar jeans aku yang baru siap dibasuh, kemana perginya blouse yang baru aku beli? ehmmm, pasti ade kat rumah dia....macam tu juga bagi aku, kurung dan kebaya dia kadang2 sangat cantik di badanku, jadi apalagi, pinjam la lalu tertukar nama...kami memang tak sama, fizikal, ideologi juga jauh berbeza, tapi dia tetap kakakku yang sangat aku sayang,tapi kini semua tu tak ada lagi...sejak ape yang berlaku tentang aku, aku seolah-olah kehilangan dia, dah lebih setahun komunikasi kami terkekang...banyak kata-katanya yang mengguris hati, tapi aku tak simpan lama, mungkin dia belum cukup mengerti adik dia sendiri...mungkin dia punya ideologi yang bertentangan dengan diriku pasti.aku tak salahkan dia, cuma akan takkan pernah berhenti berdoa untuk kembali mesra seperti dulu dengan dia. cerita silamku, biarkan la ke belakang, jgn diungkit, aku mohon.

dia yang terhebat dalam keluarga, dia terhebat dalam pencapaian akademiknya, dia terhebat dalam berhujah pendapatnya, dia memang wanita tegar, punya pengaruh besar dalam kehidupan politiknya, sangat membanggakan, sebagai seorang adik, aku bangga punya kakak sepertinya, bila org mula memberi perhatian kepadaku setelah tahu aku adik kepada dia.hati siapa tak berasa besar? aku, dalam diam masih menyokong bidangnya, walaupun adakala aku tak bersetuju.. bukan kerana apa, tapi kerana masanya sangat terhad buat insan-insan yang sepatutnya dapat segenap kasih sayangnya...

apapun pandangannya pada aku, apapun anggapannya pada aku, dia tetap kakakku tersayang yang akan selalu aku doakan kebahagian, yang akan selalu aku simpan dalam kenangan, yang akan selalu aku hormati pendirian. semoga cita-cita besarnya akan seiring dengan cintanya, seiring dengan jalan kehidupannya..Buat cintanya, aku pohon jgn berhenti cintakan dia, dia sangat memerlukan cinta itu walaupun kadangkala dia terlupa....

No comments:

Post a Comment