06 September 2011

Saat itu..

Saat Kau titipkan dia..
ada getar, ade ragu yang menderu..
bimbang tentang kewibawaan sendiri..
namun, tidak sekali aku menolak takdirMu

Saat Kau memberi aku peluang melihatnya..
segala gundahku terbang..
hilang tak terbilang..
menyelinap halus kasih dan sayang..
dalam bisik aku panjatkan padaMu
agar kehadirannya penuh rahmat..
penuh berkat..

Saat Kau ambil dia dariku..
seperti tersiat segenap rongga..
seperti terlerai setiap anggota..
sangat perih untuk aku rela..
baru aku sedar rasa ini tersimpan dalam
amat dalam tak terjangkau..
aku mempersoal takdirMu
mencari merungkai kesalahan
sedihku tak terbilang..
namun aku pasrahkan..pergilah sayang
pergilah dengan bahagia..
cukuplah aku melihat dia sekali cuma..

Ampunkan aku Ya Tuhan..
kerana tegar mempersoal..
ampunkan aku Tuhan..
kerana lambat menyambut kepasrahan..
yakin padaMu, aku akan dititip lagi,
dengan rasa yang lebih indah..
dengan cinta yang lebih waja..

1 comment:

  1. dia kan nanti mu disana sayang..
    andai dia puye kuasa untuk bersuara
    dia xkan tegar melihat esak tangis itu lg
    hanya kerana tuhan lebih lg sayangkannya.
    mungkin masanya belum betul2 tiba
    sabarla nanti sayang
    ku pasti kau,aku,dia dan mereka
    akan lebih bersedia menyambutnya dgn penuh rase kesyukuran..amin.

    ReplyDelete