saat nota itu kubaca,
tiada lagi rasa yang menyelinap
saat nota itu kulihat
tiada lagi rindu yang sarat
dia, terlalu tegar dan dalam,
sehingga aku nafikan setiap kurang,
sehingga aku jauhkan segenap tanggapan,
sehingga aku lupa pada kehendak hati.
maafkan aku membacanya tanpa rasa,
maafkan aku membacanya tanpa rindu di dada..
30 January 2011
16 January 2011
.....
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu..
Dlm sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu syg
Barulah terasa kubernyawa…
Kasihku kuamat mencintai kamu..
Kerna kau beri erti hidup
Kukan terus mencinta sedetik lebih
Serta selamanya…

12 January 2011
Sukarnya Berbagi Kasih

Si kecil itu melihat aku berbagi tanpa setara, sedang aku telah mencuba sedayanya.. aku beri semua yang sama, aku beli semua yang serupa, tapi aku akui hatiku melebihi kepada yang 2 dari dia, si kecil itu melihat aku tidak syg, kerana tiada ciuman yang singgah di pipinya, kerana tiada tempat dia di sisiku. bukan aku sengaja, tapi aku dihimpit oleh kedua yang jauh lebih manja. Dia yang pasif akhirnya terasa menjauh. maafkan cik ya syg..bukan sengaja mengenepikanmu..
sukarnya berbagi kasih, sedangkan si kecil itu mampu merasa inikan pula berkongsi pada satu hati. Jika aku ditempat Anis, pasti aku jua akan merajuk hati, pasti aku jua akan menjauh, pasti aku jua akan meluah rasa kerana diriku yang tersisih, kerana aku pilihan kedua, kerana aku bukan yang terpilih... tapi sekiranya aku di kedudukan Auni, pasti aku tak merase ada insan sedang menjeruk rase, dengan manjanya aku, dengan rengeknya aku, dengan perhatian dari yang aku kongsikan...pasti aku takkan melihat sedihnya dia, pasti aku tertawa n bahagia sedang seorang lagi sebal menahan rasa.
aku fikir aku matahari yang adil, menebar sinar tanpa membeza, menebar kasih tanpa membeda. rupanya aku silap, aku cuma bulan yang separuh, indah dan bahagia pada sebahagiannya sahaja. aku cuma menyuluh pada satu sisi hanya. maafkan Cik Ya syg, pasti takkan terjadi lagi nanti, semoga permataku nanti tidak dibeda oleh sesiapa, semoga permataku nanti disayangi semua. semoga aku tidak akan terlupa bahawa ada sisi yang mungkin terdera apabila aku bahagia...maafkan aku...
06 January 2011
dia intan gunung payung
dia intan gunung payung,
aku tatap dua matanya,
memberi aku seribu tenang dan damai..
aku lihat jauh ke dalam,
memberi aku kekuatan untuk berjuang..
biarkannya berlalu mungkin sukar padaku,
melepaskannya pergi mungkin menjeruk hatiku,
tapi dia bukan milikku seorang,
tapi dia bukan hakku sendiri,
dia seperti matahari,
matahari yang perlu menebar cahaya seadilnya..
mampukah aku bertahan? menanti?
wahai dia intan gunung payungku...

02 January 2011
aku berpijak atas awan-awan
sangat indah saat itu....
saat aku berpijak dari satu kelopak memutih..
jika ia mimpi,
aku tak mahu bangun dari lena..
biarlah panjang dan kekal....
biarlah lama dan abadi...
saat aku berpijak dari satu kelopak memutih..
jika ia mimpi,
aku tak mahu bangun dari lena..
biarlah panjang dan kekal....
biarlah lama dan abadi...
12 December 2010
TAK PASTI.........
saat aku lihat matanya..
aku tak pasti esok aku akan menatapnya lagi...
saat aku sentuh wajahnya..
aku tak pasti esok akan bisa menyentuhnya lagi...
saat aku menatap senyuman bahagianya...
aku tak pasti esok akan ade lagi..
saat jemariku erat tergenggam..
aku jua tak pasti aku cukup kuat pabila dia meleraikan..
aku jua tak pasti aku cukup tegar untuk merelakannya pergi...

04 December 2010
selat melaka...
selat melaka di depan tidaklah begitu indah, tapi ade sejuta kenangan yang akan aku tinggalkan di sini, dengan masa yang terlalu singkat tapi sangat bermakna...
buat keluargaku tersayang, cuma ini yang mampu aku rencanakan buat masa ini, harap yang lebih baik akan datang, aku yakin, bukan indahnya tempat menjadi ukuran, tapi indahnya kasih sayang kekeluargaan tu kan yang jauh lebih penting...dah terlalu lama kite tak berkumpul bersama, bergelak ketawa,ni masa yang paling sesuai kukira....terima kasih keluargaku tersayang....aku sangat sayang pada kalian.....buat mak, terima kasih kerana sangat menghargai usahaku kali ini, aku yakin, mak sangat berpuas hati sehingga pipiku dicium bertalu....malam kujua hangat dalam pelukan mak.....terima kasih mak...
selat melaka didepanku surut pagi ni, aku menatapnya dari kejauhan tingkat 9, di sini, gelak ketawaku sangat murah,bahagia dan gembira.. masih seperti tadi, kenangan manis yang seperti gula akan aku tinggalkan di sini, menjerit suka dan teruja, ingin sekali aku begitu lagi...terima kasih kerana memberiku pengalam baru...semoga peluang indah ini akan kita temui lagi.....

Subscribe to:
Posts (Atom)