21 January 2013

Perjuangan yang belum selesai...

LEGA! ini perkataan terbaik untuk menggambarkan perasaan aku hari ini selepas mengakhiri paper terakhir..  Ya Allah Kau rezekikanlah apa yang sepatutnya ku perolehi hasil dari titik peluhku.. tiada yang lebih aku inginkan selain meluangkan lebih masa bersama Aif, membayar semula setiap masa yang tertinggal bersamanya sepanjang aku perlu mencuri sebahagian masa untuk menjadi seorang pelajar...

Selepas 3 tahun, semoga hasilnya berbaloi.. bukan pangkat yang aku kejar, tetapi setidak2nya aku akan menjadi sumber motivasi kepada zuriatku untuk belajar nanti. Mengakhiri kertas terakhir belum bermakna perjuanganku selasai, tetapi setidak-tidaknya aku mampu menarik sedikit nafas lega bila aku boleh pulang lebih awal, menunggu Raa'if pulang. setidak-tidaknya aku mempunyai sedikit masa lebih untuk belajar menjadi isteri yang sebenar-benar isteri.  ada sedikit masa untuk belajar memegang senduk dengan lebih berseni...Haha..alasan...

Perjuangan ini masih belum selesai, sekiranya Dia memberikan kesempatan, aku berniat untuk meneruskan setakuk lagi, selagi masih ada momemtun, selagi otak belum tepu untuk menerima.. semoga Raa'if akan selalu faham dan baik-baik sahaja, semoga Mohd Nasrieq akan sentiasa menyokong dan menolong (assignment una)...

Usai semester ni, umah angah boleh tambah lagi 3 paku nak sangkut gambar konvo, degree untuk aku n Uli, n adik, tahniah untuk Master (sekecik yang lebih berjaya).. adik abang dah tak payah malu dengan paku kosong tu ye...

Bagi semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung, yang mane telah aku susahkan sepanjang tempoh perjuangan, aku mohon kemaafan.. sekiranya aku tak berkesempatan membalasnya, semoga kebaikan kalian akan dibalas olehNya..Insyaallah..

MMR

Sangat lama blog ini tak kujenguk
hanya sesekali aku meniti semula cerita-cerita lama yang pernah tertulis
yang tertulis kemas dalam sanubari sahaja mungkin..
saat tulisan ini tertulis, aku adalah aku yang baru
baru kerana aku yang menulis adalah tangan seorang ibu
seperti bermimpi, ada nadi yang berdegup dalam rahimku
ada regakan halus yang amat meruntun jiwa
terlalu indah untuk dibayangkan, terlalu indah
jauh lebih indah dari menerima segulung diploma
jauh lebih indah dari meraikan kenaikan pangkat
tak tergambar indahnya rasa yang terwujud..

pertama kali menatapnya
segenap sakit hilang serta merta
dia hadiah terindah
setiap tangis, rengek dan gelagatnya
aku mahu nikmati tanpa gagal

amanah ini pasti akan aku jaga sebaiknya
membelainya dengan penuh kasih syg
memberikannya setiap titisan emas yang teranugerah...
Megat Muhammad Raa'if
semoga menjadi anak yang solat
menjadi penyejuk mata mama...

11 December 2012

Dia yang terindah..

Sesungguhnya Dia maha mengetahui, mengetahui apa yang terbaik untukku, bila masa yang paling pantas untukku, saat pertama kali aku melihat dia..hilang setiap sakit, hilang segenap gusar..
mata dia, bibir dia, hidung dia melenyapkan terus segala apa yang tersimpan.. sekarang aku hanya mahu dia, tidak lebih dari itu....

10 May 2012

cuma melihat

aku tatap lama-lama aku tatap dalam-dalam tapi sungguh ia tidak mengurangkan ia tidak melenyapkan biarlah aku berbicara sehalusnya tanpa perlu difahami tanpa perlu dirasai.. biarkan..

21 February 2012

huhh!!

terlalu banyak yg perlu dilupakan..
aku tarik nafas dalam..
hela perlahan..
huhhh!!
jgn biar air mata ini menitis..
aku tak mahu sesiapa melihat..

14 February 2012

Biarkan gambar yang yang bercerita

Biarlah hanya gambar tanpa suara yang bercerita
Tentang tawa tangis dan hiba
Tentang kisah dan peristiwa
Tentang raung dan airmata

Aku tidak pernah sanggup untuk membayang
Dakapan sayang pada yang lain
Aku tidak pernah sanggup meneka
Senda tertawa yang terukir di bibirnya dia..
Mungkin menyambut bahagia pada kemenangan
Mungkin mengharung kepuasan pada sebuah pengunduran..

Kiamat kecil ini aku harungi berliku
Tiada yang lain selain doa tertitip di bibir
Tiada lagi tangan yang mengenggam menunjuk jalan yang serba kelam
Tiada lagi dakapan yang mengurang sejuk menusuk tulang
Tiada lagi mimpi-mimpi terukir di bintang
Semua serba kekurangan
Semua serba kehilangan

Biarkan lah, biarkanlah dia melangkah
Tanpa perlu meninggalkan kesan
Kerana setiap kesan itu tidak lebih dari kesakitan
Kesakitan tentang hakikat yang tiada pengakhiran
Mencubalah, mencubalah berbahagia
Biar penuh dengan susah dan payah
Kerana bahagia itu bukan untuk kita
Tetapi untuk setiap mata yang memandang…