14 March 2013

AKU ISTIGHFARKAN RINDU

astaghfirullahalazim.
jgn robek bekas luka ini lagi
jgn melihat lagi pada parutnya
biarkan ia pudar dalam istighfar yang panjang.
biarpun hakikatnya takkan mungkin hilang.

dalam teleku tahiyatku
dalam tadahan telapak tanganku
dalam setiap titisan airmataku
aku memohon padaMu
cekalkan aku seperti teja
teguhkan aku sekeras waja
biar aku berlari sebisanya
biar aku menjadi pendamping yg setia
biar aku pasrah dan redha..

astagfirullahalazim
kuusap dada ini agar tidak sebu
kupejam kelopak mata agar tidak mengalir
kukakukan kaki agar diam tidak berlari
penuhkanlah hanya dalam hatiku,
merembeslah basah hanya di dalamnya,
jangan terlihat oleh sesiapa..

dalam teleku tahiyatku
dalam tadahan telapak tanganku
dalam setiap sujudku
Aku Istighfarkan Rindu...
biar reda, biar kurang, biar hilang...

11 March 2013

PENUH IKHLAS

lian, lian mama, intan kesayangan... lagu rutin yang tak lekang sejak 7 bulan ni dari mulut aku. intan belian kesayangan, Megat Muhammad Raa'if mungkin akan mendengar alunan ini setiap hari sampai dewasa, mungkin juga aku akan berhenti menyanyi bila tiba masanya. tapi salah ke aku meluah rase cinta dan sayang yang tak terhingga ini dengan cara itu. menzahirkan setiap kasih ini dengan alunan suara yang tak begitu merdu tapi pasti penuh ikhlas seorang ibu.

si kecil ini terlalu bijak, walaupun dia tidak ketawa terkekeh, tapi dia pasti akan tersenyum girang setiap kali alunan itu aku lagukan, inilah suara terindah buatnya yang pasti mampu mereda esak tangis, yang akan melega segala ketidakselesaan. dengan penuh ikhlas, seperti ikhlasnya si kecil ini memuji aluanan nyanyianku dengan ikhlas dalam senyuman.

tanpa ragu, dalam dakapan ini adalah tempat terbaik buatnya, akulah yang terindah kerana setiap kali wajah ini dilihatnya, senyuman pasti akan terukir. segalanya pasti ikhlas. seperti ikhlasnya aku mendakapnya penuh sayang.

aku mahu dia tahu, dia adalah yang terbaik, kerana itu aku takkan pernah berhenti mengalun lagu, aku takkan pernah berhenti mendakap tanpa jemu biar sebesar manapun dia. biarpun usianya 7 tahun, 17 tahun , 27 tahun atau sampai bila-bila pun selagi aku bernyawa.

selamat ulang bulan sayang. terima kasih kerana membawa mama ke bahagia yang diredhai.

18 February 2013

Buah Hati Titisan Kasih Sayang...

semakin sekecil ni menginjak bulan semakin aku rasa ikatan ini kuat..
setiap darah yang mengalir kerana titisan kasih syg tak ternilai..
setiap otot yang terbentuk adalah hasil dari air indah anugerah tuhan..
biarpun aku dihujani dengan pelbagai perkataan meminta aku berhenti..
meminta aku menyuakan makanan kerana kasihan..
namun aku tetap tega dengan keputusanku,
sikecilku perlu dapat yang terbaik, untuk tumbesarannya, untuk perkembangan mindanya..
kerana itu, hanya titisan kasih syg ini sahaja yang akan singgah ke mulutnya sehingga aku termampu..

bercakapla sepuasnya, paling-palingpun aku hanya akan berdiam
cubalah pengaruhiku, keras hatiku pasti akan menang
bukan aku kejam..bukan aku pejamkan mata
bila melihat dia meminta-minta
bila melihat dia menepuk-nepuk meja
bila melihat dia memandang membulatkan mata
tapi aku yakin, sgt yakin bahawa belum sampai masanya
sistem cernanya masih belum cukup matang
untuk terima ape yang lain dari sepatutnya..

ahh...ketepikanla apa yang bondaku kata
pekakan telinga dulu dengan usikan abah nak bagi pisang lenyek
pejamkan mata bila MIL nak suapkan jambu, semoga Allah melindungan sikecil
buatla tak peduli dengan kata-kata sekeliling,
katala aku obses, katala aku cerewet, tapi aku yakin, sangat yakin,
ini terbaik buat buah hatiku yang satu ini...

aku cuma mahu melihat dia sihat
dia tersenyum bahagia
dia mendengar kata
dia menerima terbaik dariku..
ibunya...
walaupun aku bukan Siti Aminah
bonda Rasulullah, tapi selagi kuterdaya,
aku mahu buah hatiku terbela menuruti sunnahnya..

21 January 2013

Perjuangan yang belum selesai...

LEGA! ini perkataan terbaik untuk menggambarkan perasaan aku hari ini selepas mengakhiri paper terakhir..  Ya Allah Kau rezekikanlah apa yang sepatutnya ku perolehi hasil dari titik peluhku.. tiada yang lebih aku inginkan selain meluangkan lebih masa bersama Aif, membayar semula setiap masa yang tertinggal bersamanya sepanjang aku perlu mencuri sebahagian masa untuk menjadi seorang pelajar...

Selepas 3 tahun, semoga hasilnya berbaloi.. bukan pangkat yang aku kejar, tetapi setidak2nya aku akan menjadi sumber motivasi kepada zuriatku untuk belajar nanti. Mengakhiri kertas terakhir belum bermakna perjuanganku selasai, tetapi setidak-tidaknya aku mampu menarik sedikit nafas lega bila aku boleh pulang lebih awal, menunggu Raa'if pulang. setidak-tidaknya aku mempunyai sedikit masa lebih untuk belajar menjadi isteri yang sebenar-benar isteri.  ada sedikit masa untuk belajar memegang senduk dengan lebih berseni...Haha..alasan...

Perjuangan ini masih belum selesai, sekiranya Dia memberikan kesempatan, aku berniat untuk meneruskan setakuk lagi, selagi masih ada momemtun, selagi otak belum tepu untuk menerima.. semoga Raa'if akan selalu faham dan baik-baik sahaja, semoga Mohd Nasrieq akan sentiasa menyokong dan menolong (assignment una)...

Usai semester ni, umah angah boleh tambah lagi 3 paku nak sangkut gambar konvo, degree untuk aku n Uli, n adik, tahniah untuk Master (sekecik yang lebih berjaya).. adik abang dah tak payah malu dengan paku kosong tu ye...

Bagi semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung, yang mane telah aku susahkan sepanjang tempoh perjuangan, aku mohon kemaafan.. sekiranya aku tak berkesempatan membalasnya, semoga kebaikan kalian akan dibalas olehNya..Insyaallah..

MMR

Sangat lama blog ini tak kujenguk
hanya sesekali aku meniti semula cerita-cerita lama yang pernah tertulis
yang tertulis kemas dalam sanubari sahaja mungkin..
saat tulisan ini tertulis, aku adalah aku yang baru
baru kerana aku yang menulis adalah tangan seorang ibu
seperti bermimpi, ada nadi yang berdegup dalam rahimku
ada regakan halus yang amat meruntun jiwa
terlalu indah untuk dibayangkan, terlalu indah
jauh lebih indah dari menerima segulung diploma
jauh lebih indah dari meraikan kenaikan pangkat
tak tergambar indahnya rasa yang terwujud..

pertama kali menatapnya
segenap sakit hilang serta merta
dia hadiah terindah
setiap tangis, rengek dan gelagatnya
aku mahu nikmati tanpa gagal

amanah ini pasti akan aku jaga sebaiknya
membelainya dengan penuh kasih syg
memberikannya setiap titisan emas yang teranugerah...
Megat Muhammad Raa'if
semoga menjadi anak yang solat
menjadi penyejuk mata mama...

11 December 2012

Dia yang terindah..

Sesungguhnya Dia maha mengetahui, mengetahui apa yang terbaik untukku, bila masa yang paling pantas untukku, saat pertama kali aku melihat dia..hilang setiap sakit, hilang segenap gusar..
mata dia, bibir dia, hidung dia melenyapkan terus segala apa yang tersimpan.. sekarang aku hanya mahu dia, tidak lebih dari itu....