08 July 2010

cerita waktu rehat ari jumaat

lama aku tak habiskan rehatku dengan kawan yang aku anggap adik ni... Noradilah Mahder, itulah name dia..dia adalah kawan yang mngisi sunyi aku waktu mula2 aku melapor diri di HQ ni.. melihat fizikal dia...ape yang aku dapat simpulkan dia seperti langit dan bumi dari aku...dia sngat kecik dan kurus...sampai semua baju kurungnya nampak besar dari badan.....dia seorang yang sangat sederhana pada pandangan aku....
aku selalu mendengar ramai yang mengeluh tentang cara dia berkomunikasi, mmg betul dia agak pasif dan ceritanya sering kali berulang, perlahan dan teratur...dia mmg sangat berbeza dari aku...tapi dia kawanku yang ku anggap adik...aku akan selalu dan sentiasa mendengar dia....mungkin itu mmg attitude dia..mmg cara dia dibesarkan...
hari ini aku habiskan masa 2 jam rehatku dengar mendengar keluhan darinya...tentang keluarganya...

mendengar ceritanya aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga ku....yang sangat menyayangiku kukira, dari rahim seorang ibu yang bagiku adalah ibu terbaik dari semua sudut, kasih sygnya, bimbingannya, perhatiannya, toleransinya, kefahamannya, segala-galanya...ibuku mmg seorang yang selalu mendukung setiap ape yang aku lakukan, akademikku, sukanku, ibu bukanlah lulusan ijazah, spm juga dia tak kenal tapi dia bijak untuk memberi motivasi kepada anak2nya untuk berjaya dalam pelajaran, ibu juga bukanla seorang yang terlalu banyak masa untuk turun padang melihat aku beraksi tapi dia tak pernah tegah malah selalu menjadi tukang urut setiap kali kakiku "merongkol" (perkataan yang dia akan pakai) selepas game.. ibuku juga adalah judge pertama untuk setiap syarahan dan perbahasan yang akan aku sertai...kawan2ku, rumahku dan ibuku la yang paling sesuai untuk dibawa berbincang sekiranya ada aktiviti menakal...

mendengar cerita dia, menggamit rase syukurku kerana aku jauh lebih bahagia darinya, jauh lebih menikmati hidupku dari dia...kesian adikku seorang ini, dia tiada kwan2 untuk bergelak ketawa sedangkan aku terlalu ramai kawan2 ku untuk aku melunaskan tekanan...kawan2 baikku...kawan2 netball ku, kawan2 sekolahku, kawan2 sekampus ku..banyak..banyak sangat....selalu shaja gelak ketawaku terhambur bila dengan mereka semua....syukur aku sangat

mendengar ceritanya....aku lantas rindu pada kakak2ku, juga abangku yang sorang....aku mmg sngat beruntung, selalu je tak pernah kurang komunikasi dan cerita. gurau senda yang tak kurang hebatnya..abg sulung aku yang gemuk ni selalu bertekak ngan aku bila dia nak milo ais yang aku takkan buatkan..aku bising sebb selalu sangat minum ais. bertekak la tapi manje2 je...hahaha, kakak ke2 ku yang paling aku syg, sebb dia sangat jujur dan ikhlas dalam hidupnya, walaupun pencapaian nya tak seberapa tapi dia penuh dengan keikhlasan, lemah lembut dan baik hati...dia la selalu jd bahan buli yang lain2. kakakku ke-3, pantas dan ligat, persis aku..cume org cakap aku lebih ngade2 dari dia..hahahaha, yang ke-4, dialah yang dalam entry aku sebelum ni, bab gosip boleh share nagn dia. dan l;ast one is adik kesayangan aku, anak bongsu memang mengade2nye lebih..ape aja yang diminta pasti mak akan deliver. aku tak jeles sgt sebb mase aku pun dah berlalu, dulu aku pun same...syukur aku ade setiap manusai ini di sekelilingku tak seperti kawan yang mula2 aku ceritakan tadi..jauh berbeza...

ya tuhan, syukur aku panjatkan kepadamu, kerana memberikan aku kasih sayang yang berlimpah ruah dari setiap insan-insan di sekelilingku,terlalu ramai..tak tersebut sekiranay ingin kuatur barisannya di sini..terlalu ramai..syukur aku kerana jauh lebih bahagia dari ramai org di luar sana...syukur...

05 July 2010

Quit Smoking

A good tips for all the smoker:

In 20 minutes your blood pressure will drop back down to normal.
In 8 hours the carbon monoxide (a toxic gas) levels in your blood
stream will drop by half, and oxygen levels will return to normal.
In 48 hours your chance of having a heart attack will have decreased. All nicotine will have left your body. Your sense of taste and smell will return to a normallevel.
In 72 hours your bronchial tubes will relax, and your energy levels will increase.
In 2 weeks your circulation will increase, and it will continue to improve for the next 10 weeks.
In three to nine months coughs, wheezing and breathing problems will dissipate as your lung capacity improves by 10%.
In 1 year your risk of having a heart attack will have dropped by half.
In 5 years your risk of having a stroke returns to that of a non-smoker.
In 10 years your risk of lung cancer will have returned to that of a non-smoker.
In 15 years your risk of heart attack will have returned to that of a non-smoker.

01 July 2010

dia...kakakku

huuhhhh.....cerita hari ini tentang wanita yang pernah rapat denganku satu waktu dulu...saling bertukar cerita dan duka..paling aku tak leh lupe...bila kami berdua jadi monyet yang makan rambutan yang tengah bergayut masak kat belakang rumah waktu bulan pose (hahahaha,jgn marah..kami berdua ade excuse kalau tak pose) sambil dengar si adik terjerit2 panggil nama kami berdua "ya! mamah! kat mane?" hahaha..sian budak kecik ni...pose sorang2 mase tu...huuuhhhhh rindu sangat pada kakakku yang seorang ini...juga adikku si demok
lebih rindu lagi untuk saling bertukar baju...bila aku tercari-cari kemana hilangnya seluar jeans aku yang baru siap dibasuh, kemana perginya blouse yang baru aku beli? ehmmm, pasti ade kat rumah dia....macam tu juga bagi aku, kurung dan kebaya dia kadang2 sangat cantik di badanku, jadi apalagi, pinjam la lalu tertukar nama...kami memang tak sama, fizikal, ideologi juga jauh berbeza, tapi dia tetap kakakku yang sangat aku sayang,tapi kini semua tu tak ada lagi...sejak ape yang berlaku tentang aku, aku seolah-olah kehilangan dia, dah lebih setahun komunikasi kami terkekang...banyak kata-katanya yang mengguris hati, tapi aku tak simpan lama, mungkin dia belum cukup mengerti adik dia sendiri...mungkin dia punya ideologi yang bertentangan dengan diriku pasti.aku tak salahkan dia, cuma akan takkan pernah berhenti berdoa untuk kembali mesra seperti dulu dengan dia. cerita silamku, biarkan la ke belakang, jgn diungkit, aku mohon.

dia yang terhebat dalam keluarga, dia terhebat dalam pencapaian akademiknya, dia terhebat dalam berhujah pendapatnya, dia memang wanita tegar, punya pengaruh besar dalam kehidupan politiknya, sangat membanggakan, sebagai seorang adik, aku bangga punya kakak sepertinya, bila org mula memberi perhatian kepadaku setelah tahu aku adik kepada dia.hati siapa tak berasa besar? aku, dalam diam masih menyokong bidangnya, walaupun adakala aku tak bersetuju.. bukan kerana apa, tapi kerana masanya sangat terhad buat insan-insan yang sepatutnya dapat segenap kasih sayangnya...

apapun pandangannya pada aku, apapun anggapannya pada aku, dia tetap kakakku tersayang yang akan selalu aku doakan kebahagian, yang akan selalu aku simpan dalam kenangan, yang akan selalu aku hormati pendirian. semoga cita-cita besarnya akan seiring dengan cintanya, seiring dengan jalan kehidupannya..Buat cintanya, aku pohon jgn berhenti cintakan dia, dia sangat memerlukan cinta itu walaupun kadangkala dia terlupa....

27 June 2010

BISAKAH...

memiliki cinta bukan semudah memetik jari,
membiarkan cinta pergi juga tidak semudah menghentak kaki,
bisakah ia datang jika hanya mata memandang,
bisakah ia datang jika hanya melihat kebaikan,
bisakah ia datang jika hanya mendengar perkhabaran,
namun
bisakah ia hilang jika hanya jemarinya tidak tergenggam,
bisakah ia hilang jika hanya tiada dia dalam dakapan,
bisakan ia hilang jika hanya sayupnya dia jarang kelihatan,
mungkin,
bibir mengungkap benci,
lidah terkulum sepi,
tapi,
hati..jauh di dalam berbisik,
hati..berlagu penuh gemersik,
mencari segenap ruang rindu,
agar bisa lepas bebas,
bebas mendapatkan si cinta yag entah di mana….

24 June 2010

Custom Made Cup Cakes


16 pieces of cuuuttttty cupcakes


Perfect shape of Volley Ball


Dream Car~Satria Neo r3 cps lotus tuned


"COmey kemeja" wiht pinky tie


Football kot ni


RM350 adidah shoes in white


Arsenal die hard fan


Smoking kills.....







sape2 berminat nak tempah cup cake macam ni...bagitau aku k....sgt comel n cantik..boleh ikut ape je yang korang nak n suke....boleh dedicated pada org jugak..boleh mintak macamane pun ikut minat org yang kite nak dedicate to..sgt comel kan....

09 June 2010

Selamat Ulang Tahun Sahabat


Kalau 10tahun dulu tarikh2 begini memang dinanti-nantikan...mane taknye...bila tarikh ni datang kita aku sama2 plan untuk celebrate...mase tu memang teruja sangat...ikatan persahabatan ni macam tak mungkin terlerai....
Ayut, Idah, Zura, Along, Edah, Gegirl...korang ingat tak selalunye kita akan celebrate bday memasing kat mane? mane lagi kalau bukan 99, Seri Kampung atau Waterfall, tu la tempat favorite kite kan...dulu mane ade lagi KFC, Pizza, Secret Recipe macam sekarang...so tu je la tempat yang jadi tumpuan...
Biasanye kita akan buat collection duit sorang sikit...bday girl akan terkecuali..
duit tu kite akan beli kek...yang mase tu tak la mahal sgt...less than RM20, pastu kite akan beli kodak..hahaha...kodak tu tak tahan sebab mase tu nak bergambar ni semua pakai filem lagi..teknologi digital belum sampai ke negara kita masa tu..tapi kite tetap happy..bergambar sorang sket...ingat lagi kalian, 36 keping filem yang mungkin ada extra 1 atau 2, so jumlahnye ada 38 keping kita bahagikan seadil2nya..gambar sorang, gambar berdua, gambar bertiga, gambar beramai2...sangat excited bila menunggu gambar dicuci...seronoknye tuhan aje yang tahu...
Ehm, sape tak kenal geng kecoh kita ni...satu sekolah kenal, semua cikgu kenal, sebabnya kita kecoh tapi tak la nakal kan...seket2 je adala..zaman sekolah tu adalah zaman yang penuh kenangan, zaman yang paling tak dapat dilupakan. kita tak lepas menggenggam tangan, ketawa dan bersenda, menangis dan berduka, semuanya bersama-sama
sekarang...lepas 10 tahun..semuanya berubah...ingatan masih kekal, tapi kesibukan masing2 buat kita semua jauh...mana korang semua ye..ada..aku tau semua ada..cuma tak boleh duduk sekali, bersembang dan bermesra atas kekangan masa dan tugas...aaarrggghhh rindunye aku kat kenangan tu...tak boleh diulang lagi..untuk korang semua tahu..aku sayang korang sangat sahabat2ku...
Selamat Ulang Tahun teristimewa untuk sahabatku...Aku takkan lupa tarikh ini untukmu, maaf kerana tak mengucapnye lebih awal kerana ada yang lebih istimewa nanti..Selamat Ulang tahun Sahabatku....

Tolong pergi dengan terhormat

"TAK NAK..TAK NAK LA....TAK FAHAM KE? NAK CAKAP DIALEK KELANTAN BARU NAK FAHAM?" Kalau perkataan ni aku mampu nak ucapkan pada sorang mamat ni...mesti dia akan terus berhenti mengejar aku...
aku tak kenal siapa dia..tidak sedikitpun...malah namanye juga aku tak amik peduli... tapi aku rimas bila telefon aku tak berhenti berbunyi...aku memang decided untuk tak angkat, jadi aku biarkan sahaja....bila biar..msg2 yang memualkan pulak datang..Ya Allah kenapa ade insan begini...aku tak nak berkasar..tolong pergi dengan terhormat..aku tak nak kasar2, nanti prinsip aku bubar...
bila dia bertanya pada msg2nye..ape kurangnye dia? dalam hati aku menjawab, bagaimana aku mampu huraikan sedang aku sendiri tak tau setiap kebaikan yang dia ada...
tolong pergi dengan terhormat sebab aku tak nak sehingga ada yang terpaksa bercakp untuk aku demi membuatkan dia pergi..kalau bersedia untuk menjadi kawan aku akan terima dengan tangan terbuka..tapi untuk meminta lebih aku tak mampu....tapi aku nak ingatkan mendokong hubungan kawan bererti tau batas2 sebagai kawan...jangan melampau..tapi masa ini..setiap perkataannya membuat aku meluat...rimas..benci...
tolong pergi dengan terhormat sebab persekitaran bekerja kita sama sahaja..aku tak nak bermusuh dengan sesiapa...aku tak mahu dilabel menyombong..walaupun hakikatnya, aku memang nampak sombong (at d 1st sight je la) tolong jangan guna sesiapa untuk dapatkan aku...sebb aku takkan menurut.. tolong jangan menulis dengan menagih simpati, aku sememangnye keras hati dan tak bersimpati..Tolonglah..tolonglah pergi dengan terhormat....