17 February 2014

PELENGKAP HIDUP

Untuk kedua kalinya.. rasa sakit tak sama.. mlebih sakit.. lebih hebat tapi penghujungnya sama.. OT juga yang terpilih..pelali yang menular segenap arteri dan pembuluh membuatkan tiada rasa.. membuatkan tiada kawalan yang mampu sampai..

Dari aluminium lampu sirna terlihat.. ada kulit yang terhiris.. ada daging yang Dirobek.. ada tangan-tangan yang menyambut.. bukan hilang malu tapi demi mereka.. malu itu aku lempar jauh-jauh. Oooh begini rasanya ibuku malu bila bidan bibah menyambut aku.. pasti bidan bibah memperlaku ibuku tak jauh beza yang aku alami.. tapi demi aku.. tiada malu lagu.. oleh kerana itu semoga Aaif dan Adrich tidak akan merasa malu menyata aku ibunya. Dan aku tidak akan pernah malu menyata ibuku bonda terbaik walau apa keadaan sekalipun..

Buat Aaif.. maaf kerana mama perlu dikongsi bersama adik.. tapi itu tidak beemakna kasih mam kurang pada Aaif.. kerana Aaif datang pada saat yang paling tepat.. bersulam cinta dan kasih sayang mendalam. Tiada seorangpun atau satu apapun yang mampu mengurangi cibta kasih mama padamu.. maaf sayang kalau tidurmu kini lebih banyak didakap babah.. insyallah mama janji Adrich bukan alasan untuk mama mengatakan tidak padamu sayang..

Selamat datang Adrich ke keluarga kecil kita..  abang Aaif, mama dan babah sangat sayang adik. Maaf mama tak sempat halang cakaran selamat datang dari abang.. lepas ni mama tak bagi lagi abang buat macam tu kat adik ye.

Aaif dan Adrich terima kasih kerana melengkapkan hidup mama..






18 July 2013

Rela..

Dia dah besar, dah bertatih berjalan, dah cuba menyepak bola,
dah pandai bertepuk tangan, dan pandai melambai, dia dah besar.
semakin dia membesar, semakin aku rase dia jauh, jauh dari dakapan aku,
jauh dari manja aku.
kata mak, dia dah boleh tanpa aku... argghhh sedih...
sebab tu setiap kali sesi makannya aku biarkan,
selalu aku biarkan, aku pandang cuma dari jauh...
rela...tak, aku tak rela nasi lembik tu masuk ke mulutnya..
sebab itu akan mengurangkan keakraban aku dengannya...
dalam sedar aku pura2 tidor,
dalam dengar aku pura2 tuli,
bila kata2 biasa berulang berkali..
bila permintaan yang dari mak dijerit ke telingaku..
aku biarkan tapi bukan bererti aku rela
aku mahu dia yang akan membesar menerima segala yang terbaik
tanpa garam dan gula
tanpa pengawet dan perasa
bila aku tak tahan, aku bantah
bila tak sanggup melihat aku bersuara.
Tolonglah, tolong jgn suapkan yang bukan2...
aku tak rela... tak pernah rela..
aku mahu dia membesar sempurna,
aku mahu dia bijak laksana
kerana apa? kerana aku ibunya...

24 June 2013

SELAMAT ULANG TAHUN

selamat ulang tahun..
ulang tahun yang tak dapat disambut bersama kerana kekangan masa
ulang tahun yang lebih bermakna dari sebelum-sebelumnya
entah kenapa ini yg aku rase jauh di sudut hati kecil, dalam di sanubari.
ulang tahun ini paling berkesan dan bermakna,
biar tiada hadiah, biar tiada agenda
tapi rasa yang terwujud jauh lebih indah dari semua itu.

selamat ulang tahun..
terima kasih kerana ada, biar aku bukan insan sempurna yang menyinta
terima kasih kerana setia, biar aku sering membanding dirinya
mungkin 2 tahun ini mengajar kita nilai sebuah kasih sayang
nilai sebuah kesetiaan, nilai sebuah cinta abadi

selamat ulang tahun kawan..
B masih menjadi kawan terbaik syg sampai hari ni, walaupun kdg2 menjengkelkan
selamat ulang tahun kasih..
kekasih, semoga kita akan kekal berkasih sayang..
selamat ulang tahun cinta..
Biarpun cinta ini tidak tertebar seluas angkasa, tapi pasti cinta ini milik abadi kita
selamat ulang tahun suamiku..
menobatkanku sebagai isteri adalah gelaran terindah buatku.

selama ulang tahun, semoga ulang tahun akan datang, kita akan bersama...

14 March 2013

AKU ISTIGHFARKAN RINDU

astaghfirullahalazim.
jgn robek bekas luka ini lagi
jgn melihat lagi pada parutnya
biarkan ia pudar dalam istighfar yang panjang.
biarpun hakikatnya takkan mungkin hilang.

dalam teleku tahiyatku
dalam tadahan telapak tanganku
dalam setiap titisan airmataku
aku memohon padaMu
cekalkan aku seperti teja
teguhkan aku sekeras waja
biar aku berlari sebisanya
biar aku menjadi pendamping yg setia
biar aku pasrah dan redha..

astagfirullahalazim
kuusap dada ini agar tidak sebu
kupejam kelopak mata agar tidak mengalir
kukakukan kaki agar diam tidak berlari
penuhkanlah hanya dalam hatiku,
merembeslah basah hanya di dalamnya,
jangan terlihat oleh sesiapa..

dalam teleku tahiyatku
dalam tadahan telapak tanganku
dalam setiap sujudku
Aku Istighfarkan Rindu...
biar reda, biar kurang, biar hilang...

11 March 2013

PENUH IKHLAS

lian, lian mama, intan kesayangan... lagu rutin yang tak lekang sejak 7 bulan ni dari mulut aku. intan belian kesayangan, Megat Muhammad Raa'if mungkin akan mendengar alunan ini setiap hari sampai dewasa, mungkin juga aku akan berhenti menyanyi bila tiba masanya. tapi salah ke aku meluah rase cinta dan sayang yang tak terhingga ini dengan cara itu. menzahirkan setiap kasih ini dengan alunan suara yang tak begitu merdu tapi pasti penuh ikhlas seorang ibu.

si kecil ini terlalu bijak, walaupun dia tidak ketawa terkekeh, tapi dia pasti akan tersenyum girang setiap kali alunan itu aku lagukan, inilah suara terindah buatnya yang pasti mampu mereda esak tangis, yang akan melega segala ketidakselesaan. dengan penuh ikhlas, seperti ikhlasnya si kecil ini memuji aluanan nyanyianku dengan ikhlas dalam senyuman.

tanpa ragu, dalam dakapan ini adalah tempat terbaik buatnya, akulah yang terindah kerana setiap kali wajah ini dilihatnya, senyuman pasti akan terukir. segalanya pasti ikhlas. seperti ikhlasnya aku mendakapnya penuh sayang.

aku mahu dia tahu, dia adalah yang terbaik, kerana itu aku takkan pernah berhenti mengalun lagu, aku takkan pernah berhenti mendakap tanpa jemu biar sebesar manapun dia. biarpun usianya 7 tahun, 17 tahun , 27 tahun atau sampai bila-bila pun selagi aku bernyawa.

selamat ulang bulan sayang. terima kasih kerana membawa mama ke bahagia yang diredhai.

18 February 2013

Buah Hati Titisan Kasih Sayang...

semakin sekecil ni menginjak bulan semakin aku rasa ikatan ini kuat..
setiap darah yang mengalir kerana titisan kasih syg tak ternilai..
setiap otot yang terbentuk adalah hasil dari air indah anugerah tuhan..
biarpun aku dihujani dengan pelbagai perkataan meminta aku berhenti..
meminta aku menyuakan makanan kerana kasihan..
namun aku tetap tega dengan keputusanku,
sikecilku perlu dapat yang terbaik, untuk tumbesarannya, untuk perkembangan mindanya..
kerana itu, hanya titisan kasih syg ini sahaja yang akan singgah ke mulutnya sehingga aku termampu..

bercakapla sepuasnya, paling-palingpun aku hanya akan berdiam
cubalah pengaruhiku, keras hatiku pasti akan menang
bukan aku kejam..bukan aku pejamkan mata
bila melihat dia meminta-minta
bila melihat dia menepuk-nepuk meja
bila melihat dia memandang membulatkan mata
tapi aku yakin, sgt yakin bahawa belum sampai masanya
sistem cernanya masih belum cukup matang
untuk terima ape yang lain dari sepatutnya..

ahh...ketepikanla apa yang bondaku kata
pekakan telinga dulu dengan usikan abah nak bagi pisang lenyek
pejamkan mata bila MIL nak suapkan jambu, semoga Allah melindungan sikecil
buatla tak peduli dengan kata-kata sekeliling,
katala aku obses, katala aku cerewet, tapi aku yakin, sangat yakin,
ini terbaik buat buah hatiku yang satu ini...

aku cuma mahu melihat dia sihat
dia tersenyum bahagia
dia mendengar kata
dia menerima terbaik dariku..
ibunya...
walaupun aku bukan Siti Aminah
bonda Rasulullah, tapi selagi kuterdaya,
aku mahu buah hatiku terbela menuruti sunnahnya..

21 January 2013

Perjuangan yang belum selesai...

LEGA! ini perkataan terbaik untuk menggambarkan perasaan aku hari ini selepas mengakhiri paper terakhir..  Ya Allah Kau rezekikanlah apa yang sepatutnya ku perolehi hasil dari titik peluhku.. tiada yang lebih aku inginkan selain meluangkan lebih masa bersama Aif, membayar semula setiap masa yang tertinggal bersamanya sepanjang aku perlu mencuri sebahagian masa untuk menjadi seorang pelajar...

Selepas 3 tahun, semoga hasilnya berbaloi.. bukan pangkat yang aku kejar, tetapi setidak2nya aku akan menjadi sumber motivasi kepada zuriatku untuk belajar nanti. Mengakhiri kertas terakhir belum bermakna perjuanganku selasai, tetapi setidak-tidaknya aku mampu menarik sedikit nafas lega bila aku boleh pulang lebih awal, menunggu Raa'if pulang. setidak-tidaknya aku mempunyai sedikit masa lebih untuk belajar menjadi isteri yang sebenar-benar isteri.  ada sedikit masa untuk belajar memegang senduk dengan lebih berseni...Haha..alasan...

Perjuangan ini masih belum selesai, sekiranya Dia memberikan kesempatan, aku berniat untuk meneruskan setakuk lagi, selagi masih ada momemtun, selagi otak belum tepu untuk menerima.. semoga Raa'if akan selalu faham dan baik-baik sahaja, semoga Mohd Nasrieq akan sentiasa menyokong dan menolong (assignment una)...

Usai semester ni, umah angah boleh tambah lagi 3 paku nak sangkut gambar konvo, degree untuk aku n Uli, n adik, tahniah untuk Master (sekecik yang lebih berjaya).. adik abang dah tak payah malu dengan paku kosong tu ye...

Bagi semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung, yang mane telah aku susahkan sepanjang tempoh perjuangan, aku mohon kemaafan.. sekiranya aku tak berkesempatan membalasnya, semoga kebaikan kalian akan dibalas olehNya..Insyaallah..

MMR

Sangat lama blog ini tak kujenguk
hanya sesekali aku meniti semula cerita-cerita lama yang pernah tertulis
yang tertulis kemas dalam sanubari sahaja mungkin..
saat tulisan ini tertulis, aku adalah aku yang baru
baru kerana aku yang menulis adalah tangan seorang ibu
seperti bermimpi, ada nadi yang berdegup dalam rahimku
ada regakan halus yang amat meruntun jiwa
terlalu indah untuk dibayangkan, terlalu indah
jauh lebih indah dari menerima segulung diploma
jauh lebih indah dari meraikan kenaikan pangkat
tak tergambar indahnya rasa yang terwujud..

pertama kali menatapnya
segenap sakit hilang serta merta
dia hadiah terindah
setiap tangis, rengek dan gelagatnya
aku mahu nikmati tanpa gagal

amanah ini pasti akan aku jaga sebaiknya
membelainya dengan penuh kasih syg
memberikannya setiap titisan emas yang teranugerah...
Megat Muhammad Raa'if
semoga menjadi anak yang solat
menjadi penyejuk mata mama...

11 December 2012

Dia yang terindah..

Sesungguhnya Dia maha mengetahui, mengetahui apa yang terbaik untukku, bila masa yang paling pantas untukku, saat pertama kali aku melihat dia..hilang setiap sakit, hilang segenap gusar..
mata dia, bibir dia, hidung dia melenyapkan terus segala apa yang tersimpan.. sekarang aku hanya mahu dia, tidak lebih dari itu....

10 May 2012

cuma melihat

aku tatap lama-lama aku tatap dalam-dalam tapi sungguh ia tidak mengurangkan ia tidak melenyapkan biarlah aku berbicara sehalusnya tanpa perlu difahami tanpa perlu dirasai.. biarkan..

21 February 2012

huhh!!

terlalu banyak yg perlu dilupakan..
aku tarik nafas dalam..
hela perlahan..
huhhh!!
jgn biar air mata ini menitis..
aku tak mahu sesiapa melihat..

14 February 2012

Biarkan gambar yang yang bercerita

Biarlah hanya gambar tanpa suara yang bercerita
Tentang tawa tangis dan hiba
Tentang kisah dan peristiwa
Tentang raung dan airmata

Aku tidak pernah sanggup untuk membayang
Dakapan sayang pada yang lain
Aku tidak pernah sanggup meneka
Senda tertawa yang terukir di bibirnya dia..
Mungkin menyambut bahagia pada kemenangan
Mungkin mengharung kepuasan pada sebuah pengunduran..

Kiamat kecil ini aku harungi berliku
Tiada yang lain selain doa tertitip di bibir
Tiada lagi tangan yang mengenggam menunjuk jalan yang serba kelam
Tiada lagi dakapan yang mengurang sejuk menusuk tulang
Tiada lagi mimpi-mimpi terukir di bintang
Semua serba kekurangan
Semua serba kehilangan

Biarkan lah, biarkanlah dia melangkah
Tanpa perlu meninggalkan kesan
Kerana setiap kesan itu tidak lebih dari kesakitan
Kesakitan tentang hakikat yang tiada pengakhiran
Mencubalah, mencubalah berbahagia
Biar penuh dengan susah dan payah
Kerana bahagia itu bukan untuk kita
Tetapi untuk setiap mata yang memandang…

25 January 2012

sekeras waja

Entah kenapa hati aku tegar, keras dan kuat..
Sedang tubuhku sendiri longlai..
Sedang jiwaku sendiri kosong..
Tapi, bibir, fikiran dan hatiku sewaja besi.
Aku mahu terus melangkah tanpa perlu menoleh lagi..
Aku tak rase ini jd benci, aku cuma mahu pergi..
Jauh dari semua..

08 January 2012

berlalulah

Lama aku tak mencoret di sini..terlalu lama. Ada rase yg tak terucap, ada sayu yang tak terlihat. Seribu rasa ini tak mmpu aku pendamkan dalam.. Biarlah sekurang2nya tulisan ini pereda yang kaku. Saat aku minta mengakhiri, aku tahu, aku takkan pernah memiliki lagi. Aku belajar menjadi penerima, menerima apa sahaja. Setidak2nya aku xkan memadam cerita terakhir dari ingatan. Sekurang-kurangnya semangat itu bersamaku.
Tapi hari ini, mungkin esok dan selamanya aku akan terus belajar untuk berhenti. Berhenti dari mengukir mimpi kosong kerana setiap hakikat ini pedih untukku. Aku tak perlukan kebimbangan, aku tak mahukan tanggungjawab! Aku x dambakan kesian! Aku tahu dia tahu.. Tahu semuanya, tentang semuanya. Sekiranya rasa bukan untuk aku lagi, berlalulah tanpa perlu meninggalkan apa2, tanpa perlu menitip bimbang dan kesian. Kerana titipan itu tanpa rasa lebih menyakitkan..

17 October 2011

-selamat tinggal mimpi-

Tulisan aku adalah rasa
Rasa yang bukan sengaja kucipta
Tulisan aku adalah jiwa
Jiwa aku yg penuh cerita
Mungkin tulisanku bukan bahagia org lain
Mungkin luahanku hny dosa tak berpahala
Selamat tinggal mimpi
Pergilah menjauh..
Bila mimpi itu jauh,
aku cuma tangan yg tak sampai menggapai bintang
Bila mimpi itu jauh,
Aku hanya cerita penuh dongengan..
Selamat tinggal mimpi
Aku takkan mungkin kembali kesini
Untuk menulis lagi...

15 October 2011

SABAR..

Ntah kenapa sabarku terbang
Terbang bersama setiap untaian kata2 menyakitkan
Puas aku pujuk jari untuk tdk menulis,
Biar dia puas melempias.
Tp maruah aku bukan untuk dipijak
Jika ketidaksabaran ini mencipta jurang yang dalam
Hanya 1 perkataan, MAAFKAN
bukan menafi kebenaran
Bukan berhenti menegakkan
tapi aku cuma manusia biasa..

09 October 2011

cukuplah

bila yg disandar rapuh..
tiada lagi perlu terucap..
ambil dedaun masa itu seberapa banyak sekalipun..
pasti tiada lagi soalan..

03 October 2011

Penjana motivasi ~tajuk cam tak sesuai, but ok la~


Sabtu lepas, ofis aku buat sukan, macam budak2 sekolah, siap ade rumah2 ikut warna (comel). aku rumah kuning...err..warna yang tak berape aku suke. tapi nak wat cane..but semangat kesukanan tetap kental dalam jiwa, chewwah.. lagi2 bila aku tau list dalam senarai umah kuning ade adik n zana, lagi la bertambah semangat..tapi bende2 ni la yang akan buat org tak syg mulut bercakap, aku main pilih2 kawan join team kuning, padahal yang select hq, seket pun aku tak terlibat. but bukan ni yang aku nak ceritakan.tapi keseronokan mengimbas zaman sekolah2 dulu, bila hari sukan dtg menjelma. aku ingat da besar2 ni, taji tak tajam lagi, but..well aku masih boleh dikire berbisa..


cerita 1:susah upenye nak manage org dewasa ni, dulu mase sekolah2 senang je nak dapatkan wakil bersukan, memasing nak join, siap kene ade saringan, tapi bile da besar2 ni susah sgt la sampai kene paksa2, lagi2 wanita. malu ke nak bersukan ni? ape nak malu, bersukan je pun..kan sihat, kan sweat...terpaksala merayu2 minta main..

cerita 2:tak sangka jogging aku (yang sebenarnye da lame aku tak buat) adalah training terbaik untuk aku menang marathon, huhu, konsistensi tu penting ditambah PENJANA MOTIVASI..huhu, manusia, macamane aku zahirkan kemaafanpun, hati aku tetap ade menyimpan, biarpun jauh di dalam. pasal seorang minah ni, ape yang dia tak puas hati sgt kat aku, tp depan macam baik sgt. mulut aku da zahirkan maaf, tp biasala, cume bezanya aku tak gunakan kesakitan tu sebagai dendam, sebaliknya motivasi untuk aku kearah positif (wah gaya ahli politik lak). aku tak terfikir pun untuk bersaing dengan sesiapa untuk kejar kemenangan, tp bila minah ni kat belakang aku, mata aku memberi input pada minda, dan minda menghantar implus ke jantung dan otot2 kaki aku untuk terus berlari tinggalkan dia kat belakang, no way to memperlekeh aku lagi kat sini.huh..2 minit gak dia kat belakang..ya allah hati, knp tak bersih sgt ni..ahh, tak pela,bukan pukul minah tu pun.. huhu, puas, berlari, berpeluh, dan ....

cerita 3:sebelum ni aku jrg turun ke factory, lagi2 bertegur ngan posnita2 kat bawah, tp bg yang kenal, aku bukan sombong pun. cume mungkin diorg segan nak tegur aku, tp mase sukan ari tu semuanye dah tak tengok level, bercampur je..seronok. main futsal sesame, sampai ade yg mintak form team untuk futsal perempuan, padahal mase diajak main bukan main nak lari lagi, kan da gian sekarang.. untuk Che Rohana ur suggestion will be consider..

cerita 4:untuk pertama kalinye aku memegang reket badminton atas court ber refferee bertauliah. sebelum ni, main badminton pun pukul angin. kelakar, tp sebb tak de sape nak main, aku main la jugak. dan percubaan pertama ni menjadi bila umah kuning naib johan..chaiyokkk la.n tetiba rase nak tukar bidang..main badminton la pulak. punye tak pro main badminton ni smp ade budak tegur aku, "awk ni kan mesti tak biasa main badminton kan?" ehmm..aku jwb la, "nmpak eh aku tak tere" pastu dia kate, " bukan pasal main atas court tp sebab reket tu ade sebatang je". hahaha..rupenye player badminton pro takkan bawak 1 reket untuk tournament. maafla, cek tak tau..ni pun hanya reket pinjam..pinjam je bukan amik semula, kalau amik nnti buruk siku lak

cerita 5:rase dan pengalaman bersukan ni masih same macam sekolah2 dulu tp bila bangun pagi keesokkan harinye baru aku sedar, otot2 dan tulang2 aku ni berusia bukan remaja seperti 10 tahun dulu. segalanya rase sakit dan bengkak. nak jln pun susah..argghhh...idah, ayut n zura kesakitan ni ingatkan aku kat korang..mase start training netball, segalanya sakit, bila nak gelak semua pegang perut.. (sekarang korang da tak bernetball kan, tinggal aku sorang je, tak pela sekali sekala nnti kite reunion n buat game netball). lutut pulak makin rangup, berape lame aku boleh tahan agaknye.. 40 tahun, 50 tahun..boleh ke nak main untuk team veteran. huhu

aku try upload gambar2 kat sukan kat blog ni, tp tak lepas..lain kali la ye..tak pun nnti kat fb je aku kongsikan pengalaman bersukan org dewasa di pos malaysia.

13 September 2011

Selamat Ulang Tahun Mak...

14 September..hari ini usia mak 58 tahun.. ulang tahun kali ni berbeza dengan selalu sebab mak dah bersara. lepas ni mak akan duduk rumah je. paling2 pun sebuk anta anis n aniq g sekolah..tak pun try2 bisnes ape2 yang patut.

kalau orang cakap mak dia terhebat dalam masakan,bg mak aku, biasa je tapi semua air tangannya tetap asyik di lidah aku.
kalau orang cakap mak dia terbaik dalam bimbingan dan perhatian, bg mak aku, biasa je tapi pipi aku selalu tak lekang dari dikucupnya.
kalau orang cakap mak dia teristimewa, bg mak aku, tersangat istimewa sebab mak bukan saje mak yang melahirkan aku, yang membesarkan aku, yang menyekolahkan aku, yang mendidik aku, yang memberi seluruh kasih syg tak ternilai dan tiada tolok bandingan pada aku, mak aku juga adalah sahabat terbaik aku. yang tak ade satu cerita pun tertinggal untuknya, macam tu jgak aku, aku akan jadi org pertama tempat mak bercerita. mak akan menjadi org pertama meneka dengan tempat perasaan aku, kan darah yg mengalir dalam tubuhku miliknya juga jadi mungkin kerana itu semua yg terlintas dlm fikiranku dgn mudah dipetik..mak orang yang pertama aku khabarkan sedih dan gembira..
sungguh, aku terlalu sygkan mak, walaupun kadang2 aku degil, keras kepala, tak dengar ckp, memberontak, tp tu semua bukan kerana sygku kurang pada mak..
untuk mak, semoga sihat selalu sebab bila mak sihat mak akan cakap banyak2, dan bila kita kongsi cerita mak akan gelak kuat2..bila mak da pencen ni mak kena cantik2 jugak tau, kalau tak nnti ya bisingkan mak.. sebab ya syg mak sgt n nak mak selalu sihat, cantik dan bahagia....